Murid 8 tahun lumpuh selepas dipaksa lakukan 'push-up' 10 kali sebagai denda


Seorang murid perempuan berusia lapan tahun mengalami kecederaan saraf tunjang dan lumpuh separuh badan selepas dia dipaksa melakukan 'push-up' di kelas kerana melakukan kesilapan ketika membaca teks yang diberikan. 

Biarpun sudah tiga tahun berlalu, keadaannya masih tidak berubah. Dalam tempoh itu, ibu bapa mangsa juga telah membelanjakan banyak wang untuk membiayai kos perubatan mangsa dan kini mengambil keputusan untuk memfailkan saman terhadap pihak sekolah berkenaan. 

Insiden itu berlaku pada 6 Disember 2016 di mana mangsa melakukan kesilapan ketika membaca teks yang diberikan lalu dipaksa melakukan push up di podium sebagai denda. 

Mangsa hanya mampu melakukan denda itu sebanyak lapan kali, tetapi rakan sekelasnya yang lain tidak berpuas hati dan meminta mangsa melakukan lebih lagi. 

Mangsa akur dan melakukannya. Namun pada push up yang ke-10, bahagian belakang bawah badannya terasa sakit menyebabkan dia tidak dapat bangun. Bimbang melihat keadaan itu, mangsa terus dikejarkan ke hospital. 

Malangnya, doktor tidak dapat mencari punca sebenar kecederaan mangsa lalu dirujuk ke hospital lain sebelum disahkan mengalami kecederaan saraf tunjang yang menyebabkan dia lumpuh separuh badan. 

Disebabkan kekangan kewangan, keluarganya tidak mampu membayar kos rawatan mangsa. Keadaan itu menyebabkan betul tulang rusuk dan kaki mangsa mengecut teruk. 

Difahamkan, ibu bapa mangsa telah menanggung kos rawatan anak mereka sebanyak 200,000 yuan (RM118,517). tetapi sekolah dan kerajaan hanya memberi 60,000 yuan (RM35,000).

Ibu bapa mangsa kesal dengan jumlah yang diberikan dan menganggap pihak sekolah langsung tidak serius dan bertanggungjawab. 

Mereka kemudian membawa perkara itu ke mahkamah.

Kes itu kini sedang dibicarakan dan dalam kenyataan terkini sekolah berkenaan berkata, pihaknya akan memberi kerjasama sepenuhnya dalam siasatan itu serta menghormati segala keputusan yang ditetapkan kelak. 



Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.