Budak 12 tahun hamil kerana dirogol teman lelaki ibunya


Tidak puas dengan janda, lelaki ini sanggup merogol anak teman wanitanya yang berusia 12 tahun yang kini disahkan hamil dua bulan. 

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata, suspek ditahan pada malam Selasa selepas pihaknya menerima laporan berhubung kes berkenaan. 

Difahamkan, mangsa yang tidak bersekolah dan merupakan anak bongsu dari tiga beradik itu tinggal bersama ibu kandung, kakaknya dan teman lelaki ibunya (suspek) di sebuah rumah pekerja di Teku.

Ibu saudara mangsa mula menyedari perubahan kanak-kanak itu yang tiada selera makan dan lemah serta sudah tidak datang haid selama dua bulan, lalu membawanya ke klinik untuk pemeriksaan sebelum dirujuk ke Hospital Sibu. 

Pegawai perubatan kemudian mengesahkan mangsa mengandung dan kandungannya sudah berusia dua bulan berdasarkan tarikh akhir mangsa datang haid. 

"Mangsa telah mendedahkan dirinya dirogol oleh teman lelaki ibunya lebih kurang lima kali di rumah pekerja sejak Mei hingga Julai lalu," katanya. 

Suspek ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol. 



Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.