'Baru tahu 'In the beningging' tu edit, kesian Jacob Zuma kena bahan' - Netizen


Baru-baru ini viral di media sosial video seorang pemimpin yang didakwa tidak dapat menyebut 'In the beginning..." dengan betul. Sebaliknya disebut, "In the beningging.. benininging.." sehingga mencetuskan rasa geli hati netizen. 

Video tersebut tersebar meluas di media sosial dan menerima pelbagai reaksi dari netizen. 

Virus 'In the beningging' itu bukan saja terjangkit pada warga internet, tetapi turut terjangkit pada Optimus Prime.

Video yang dimuat naik oleh bekas peserta Maharaja Lawak berasal dari Singapura, Suhaimi Yusof, menambahkan lagi rasa pecah perut nak tergelak. 


Namun, tahukah anda bahawa video itu sebenarnya telah disunting dari versi yang asal? 

Ahli politik, Jacob Zuma, 75, yang berkhidmat sebagai President Afrika Selatan sejak tahun 2009. 


Video versi asal yang dimuat naik oleh @AcitJahat itu mendapat pelbagai reaksi netizen yang rata-rata meluahkan rasa kesal namun dalam masa yang sama masih terhibur dengan gelagat Jacob. 

"Astaghfirullah hal azim. Satu perkataan 'in the beningging' tu pun tak ada. Ampun." tweet @Jieyxxx. 

"Nampak sangatlah edit yang sebelum tu. If dia cakap tergagap-gagap, ofcoz orang sekeliling dia punya react pelik. Ni semua muka serius je," tweet @elyssxxx.


Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.