Fake akaun IG muatnaik gambar b*gel gadis-gadis melayu yang 'Tak Menahan'
anda mendapat malu seumur hidup dan mereka pula dapat komisyen dan untung yang lumayan.
Hukuman mengaibkan dan sebar gambar bogel
dimalaysia saya telah mencari hukuman jika sebar gambar bogel namun tidak ditemui tetapi dari segi persamaan ada ini beberapa kes jika didapati bersalah sebar gambar bogel
KES 1 Ugut Sebar Gambar Bogel Bekas Kekasih, Didenda RM4,000
KUALA LUMPUR – Tindakan seorang penganggur memeras ugut untuk menyebarkan gambar bogel bekas teman wanitanya berakhir dengan hukuman denda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.
Majistret Husna Dzulkifly menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhammad Shazarul Ikhmal Rospisham, 20, selepas dia mengaku bersalah atas dakwaan memeras ugut mangsa berusia 19 tahun itu, yang bekerja sebagai pelayan restoran, menghantar gambar bogel gadis itu bagi mendapatkan wang.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah hotel di Jalan Tun Razak di sini pada 12.00 tengah malam, 10 Jan lepas dan didakwa mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 10 tahun atau denda dan sebatan.
Mahkamah juga memerintahkan tertuduh dipenjara empat bulan sekiranya dia gagal membayar denda berkenaan. Tertuduh membayar denda itu.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Zikri Jaafar memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal dengan mengambil kira faktor kepentingan awam supaya memberi pengajaran kepada tertuduh kerana perbuatan pemerasan tidak bermoral itu mendatangkan trauma kepada mangsa.
Peguam Zulkifli Awang yang mewakili Muhammad Shazarul Ikhmal, memohon supaya hukuman penjara tidak dikenakan ke atas anak guamnya dengan alasan tertuduh akan melanjutkan pengajian dalam jurusan automotif di sebuah kolej swasta selain dia telah menyesal dan insaf dengan perbuatannya itu.
Mengikut fakta kes, mangsa menerima 20 keping gambar bogelnya daripada tertuduh melalui aplikasi Wechat.
Tertuduh kemudian meminta wang sebanyak RM200 bagi setiap keping gambar dan mengugut akan menyebarkan gambar bogel itu sekiranya permintaannya tidak dituruti. – BERNAMA
KES KE 2 BERKAITAN SEBAR GAMBAR BOGEL
Didenda ugut sebar gambar bogel
Kuala Lumpur: Seorang pengawal keselamatan didenda RM3,500 atau empat bulan penjara oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah memeras ugut menyebarkan gambar bogel seorang wanita.
Majistret Mahyudin Mohmad Som menjatuhi hukuman itu terhadap Muhammad Faez Aiman Toiban, 23, selepas dia mengaku memeras ugut wanita berumur 20 tahun untuk menyebarkan gambar bogel mangsa bagi mendapatkan wang RM5,000.
Tertuduh melakukan kesalahan itu di Jalan Genting Klang di sini, pada 6 petang, 7 Februari lalu, mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tujuh tahun atau denda dan sebatan.
Mengikut fakta kes, pada 7 Februari 2017, wanita itu menerima pesanan melalui WhatsApp daripada seorang lelaki dikenalinya iaitu tertuduh, yang mengugut menyebarkan gambar bogelnya jika pengadu tidak menyerahkan wang kepada tertuduh.
Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan dengan alasan dia menanggung keluarga manakala Timbalan Pendakwa Raya Nur Farah Adilah Noordin memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran kerana kesalahan itu menjejaskan maruah pengadu.
KES KE-3 YANG TELAH MENERIMA HUKUMAN KES INI PADA TAHUN 2014
AYER KEROH – Padah memiliki gambar lucah dan mengugut menyebar gambar bogel seorang wanita, seorang bekas pelajar universiti swasta dijatuhi hukuman denda RM8,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam.
Hukuman diputuskan Majistret Ida Rahayu Sharif terhadap tertuduh, Mohd Hidayat Abd Ghani @ Mokhtar, 24, dari Batu Buruk, Terengganu selepas menukar pengakuan kepada bersalah ke atas tiga pertuduhan pada hari sebutan semula kes semalam.
Berdasarkan pertuduhan pertama, dia didapati sengaja mendatangkan ketakutan terhadap seorang wanita berusia 23 tahun dengan ingin menyebarkan gambar bogel mangsa supaya menyerahkan seutas gelang tangan dan rantai leher emas di sebuah pangsapuri di Bukit Beruang dalam kejadian kira-kira 2.27 pagi, antara Ogos hingga 2 September lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 10 tahun, denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan kedua, Mohd Hidayat didapati melakukan pemerasan dan cuba mendatangkan ketakutan kepada mangsa sama untuk menyebarkan gambar bogelnya supaya menyerahkan wang tunai RM5,000 di tingkat 15 asrama universiti berkenaan, kira-kira 10.41 pagi pada 17 September lalu.
Dakwaan dilakukan mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara tujuh tahun, denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu.
Mengikut pertuduhan ketiga, tertuduh didapati melakukan kesalahan mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum tiga tahun atau denda; atau kedua-duanya sekali kerana memiliki gambar lucah dalam telefon bimbit jenis Samsung S3 Mini miliknya di pangsapuri sama, kira-kira jam 1 tengah hari, 19 September lalu.
Terdahulu, peguam bela Azwan Abdul Wahab memohon mahkamah tidak memberikan hukuman penjara, sebaliknya hukuman denda minima terhadap tertuduh yang telah menyesal, malah sudah diberhentikan daripada pengajian.
‘’Tertuduh merupakan anak yatim yang kematian bapa, selain dia juga berhasrat untuk menyambung pelajarannya kembali,’’ katanya.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Nabilah Nizam ketika mengendalikan kes memohon hukuman setimpal dikenakan terhadap tertuduh yang melakukan perbuatan pemerasan tidak bermoral hingga memberikan kesan kepada mangsa.
jika diikutkan kesalahan sebar gambar bogel boleh didenda antara RM3000 hingga RM10,000 manakala boleh dipenjara hingga 10 tahun disamping sebatan
itu sekadar sebar gambar bogel jika gambar dicuri dan diedit serta disebarkan kemungkinan lebih dari tersebut. Jika gambar anda dilakukan sedemikian rupa lakukan langkah asas ini
1, jangan panik dan PM individu tersebut
2, buat laporan polis
3, buat laporan SKMM
4, sediakan wang mencukupi untuk saman mereka yang tidak bertanggungjawab ini
tetapi yang penting jadikan info ini sebagai pengajaran selepas ini jangan suka-suka hati post gambar2 yang menarik syahwat lelaki
Sumber : Friscomedia
Sumber : SuperKiram
Leave a Comment