'Samseng taik kucing' mengaku tak bersalah, rayu mahkamah beri jaminan rendah kerana ada tiga anak
Mohammad Fikry yang merupakan penganggur pada hari kejadian telah menumbuk pembantu pemasaran yang menegur tindakan dia dan kumpulannya memotong barisan ketika beratur untuk membeli kasut edisi terhad jenama Adidas berharga RM1,150.
Tertuduh mengaku tidak bersalah sebaik saja pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mahyudin Mohmad Som.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa sengaja menyebabkan kecederaan parah ke atas Faiz pada jam 6 pagi, 11 November di hadapan butik Adidas, KLCC.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Nur Farah Adilah Noordin terdahulu menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin kepada tertuduh. Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah memberikan jaminan rendah atas alasan dia mempunyai tiga anak.
Mahkamah kemudian menetapkan jaminan RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 26 Disember ini untuk sebutan semula kes.
BERITA BERKAITAN:
BERITA BERKAITAN:
Sumber : CiteMalaya
Leave a Comment