Rembat barang dan perabot rumah sewa bernilai RM30K, penyewa dipenjara 10 bulan


Padah melakukan onar terhadap pemilik rumah sewa, seorang ibu tunggal anak satu dijatuhkan hukuman penjara selama 10 bulan dan denda RM5,000 di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini, lapor Harian Metro

Tertuduh, Aizam Abd Aziz, 44, yang mencuri barangan dan perabot rumah sewa pada September lalu juga turut berdepan dengan hukuman penjara tambahan lima bulan jika gagal menjelaskan denda RM5,000. 

Majistret Abdul Hayyi Salim menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan kerana menyalahgunakan harta dengan curang. 

Aizam didakwa dengan curang menggunakan lima unit penyaman udara, dua katil dan tilam, seunit mesin basuh, seunit peti sejuk, satu set meja makan, satu unit kabinet televisyen, sebuah televisyen 29 inci, sebuah sofa L-Shape, dua set meja tepi, satu set seterika dan papan penggosak, seunit tong gas, 13 unit bantal dan pelbagai jenis peralatan dapur milik Sharifah Salwa Syed Shafie, 43. 

Aizam didakwa melakukan perbuatan itu di rumah sewa milik Sharifah Salwa di Taman Semarak Bukit Tunggal, Kuala Nerus pada jam 11 pagi 30 September lalu. 

Pendakwaan dijalankan oleh Pegawai Pendakwa, Inspektor Miky Dunstan Muda, manakala tertuduh tidak diwakili peguam. 


Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.