'Genap 8 tahun abang hilang, baliklah abang, kami rindu'
8 tahun abangnya menghilangkan diri entah ke mana. Sehingga ke hari ini ahli keluarganya masih tidak dapat mengesan lelaki yang dikenali sebagai Muhammad Khair Muizz atau lebih dikenali sebagai Muizz, meskipun pelbagai cara yang telah dilakukan untuk mengesannya.
Menurut adiknya, @nraisah, lokasi terakhir abangnya berada di Ampang, Kuala Lumpur. Namun mereka buntu bagaimana nak mencari abangnya di kawasan yang besar itu.
HAPPY birthday dear brother. Hari ini abang officially 25 years old. Genap 7 dan 8 tahun (can't remember) you disappeared. Do come back home, we miss you.
Do help me to find him. May Allah bless you and protect you, abang. I dah tak sanggup nak tahan lagi perasaan ini.
The most hurful thins that I've heard from my mom, "I miss my son. Kat luar sana dia okey ke? Dengan siapa? Sihat ke tak? Makan apa? Mama kenangkan korang tidak beradik je kalau mama dah gila.". F*k, aku rapuh s*al.
Selama 7 ke 8 tahun tak ada tu, kami masih menyambut ulangtahun kelahirannya. Buat dia wujud dengan kitorang tetapi kenyataan, hmm. & ke 8 tahun mama tak tengok newspaper ke, berita ke apa ke. Risau dia berita pasal mati la, kena tembak la. AKu pun risau juga.
Paling sedih masa malam terakhir puasa. Dengar takbir raya dengan tangisan. Aku yang kental pun menangis juga. Mama asal menjelang raya je, di mana dia beraya, dia tengok anak orang lain cukup je. Anak dia tak ada seorang. Apabila aku taip ini pun, aku menangis.
Kadang-kadang ada juga mimpi. Mimpi macam-macam. Adik mana tak sedih weh bangun tidur menangis teringat bagai. Rindu nak merasa kasih sayang seorang abang.
Aku tak malu pun pasal benda ni. Setiap manusia diuji dengan cara yang berbeza. Beza kuat dengan tak kuat saja nak hadap.
DIA TIBA-TIBA HILANG KE?
Tak la tiba-tiba hilang. Saya tak ingat, dari dia PMR dulu dia suka lari dari rumah. Even dia lari rumah, kitorang cari dan pujuk dia balik. Dia masih nak balik. Entah, makin besar mungkin sebab pengaruh rakan sebaya. 7-8 tahun itu memang betul-betul dia menghilangkan diri tanpa dapat dikesan.
Dua tahun lepas kalau tak silap, kitorang minta bantuan polis untuk mengesan dia di mana apa semua. Dapat tahu lokasi terkini di Johor. Bila dah dapat tahu, terus pergi ke sana mencari dia. Bila sampai, patah hati sebab orangnya dah tak ada. Terlambat sikit saja. Dia dah gerak dulu.
Entahlah kenapa teruk sangat dia merajuk sampai begitu sekali. Tak tahulah apa lagi yang dia nak. Ikutkan hati saya nak belasah dia tapi saya tak boleh buat apa-apa sebab saya masih kecil lagi. Nak mencari pun tak reti. Takutlah dengan orang zaman sekarang. Mampu serahkan pada ibu bapa saja bab mencari ini.
Lokasi terakhir dia yang kami tahu adalah di Ampang. Ampang besar kawasannya, mesti kena cuba mencari dia walaupun akan menemui kegagalan. Anak kan, ibu bapa mana yang nak berputus asa. Penat melahir dan membesarkannya, takkan nak biar hilang begitu saja?
Malah pernah cuba menggunakan kaedah perubatan Islam. Even orang yang ubatkan itu pun kata, "Saya hanya boleh panggil dia balik saja. Selebihnya saya tak boleh buat apa-apa sebab ada nenek moyang (apa jadahnya entah, itu sajalah yang sempat curi dengar) kata tak boleh campur urusan. Ada urusan yang perlu dia selesaikan. Sampai masa nanti dia akan balik.
Saya tahu dia masih ada lagi. Saya harap dia okay dan selamat di luar sana. Makan minum terjaga apa semua. Saya berharap sangat, pulanglah. Saya rindu nak merasa kasih sayang seorang abang.
Sumber : CiteMalaya
Leave a Comment