Bunuh isteri kerana cemburu dan tanam di halaman rumah
Kematian seorang lelaki yang membunuh diri dengan meneguk racun rumput, membawa kepada penemuan mayat isterinya yang ditanam di halaman depan rumah, lapor Metro 24.
Polis dan penduduk menemui mayat mangsa yang dikenali sebagai Armida, 25, pada jam 3.30 pagi Isnin lalu dalam keadaan lehernya dikelar.
Polis percaya mangsa telah dibunuh oleh suaminya, Samsibar, 33, selepas pasangan itu bertengkar.
Sebelum mayat Armida ditemui, Samsibar telah meninggal dunia pada jam 11 malam Ahad selepas meneguk racun rumput.
Difahamkan, Samsibar pada pagi Ahad jam 8 pagi dilihat meneguk racun rumput itu sambil disaksikan oleh beberapa penduduk. Menurut saksi, Samsibar pada ketika itu kelihatan panik dan kecewa sambil menggenggam botol racun rumput serta mengancam akan mencederakan sesiapa yang cuba mendekatinya.
Setelah hampir hilang nyawa akibat meneguk racun itu, penduduk kemudian segera mengejarkan Samsibar ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Bagaimanapun doktor tidak dapat menyelamatkannya dan Samsibar disahkan meninggal dunia pada jam 11 malam Ahad.
Menurut jurucakap polis, kehilangan isteri Samsibar juga menimbulkan persoalan, tetapi persoalan itu terjawab selepas salah seorang anak Samsibar berusia lima tahun memaklumkan bapanya telah mencekik leher ibu tiri pada malam Sabtu lalu.
Menjelang keesokan harinya, seorang penduduk curiga melihat bekas tanah yang digali di halaman rumah pasangan itu. Saksi berkata, kakinya terasa seperti terpijak badan manusia ketika menolak kereta milik mangsa yang sudah lama diletakkan di situ, sebelum melaporkan penemuan itu kepada pihak polis.
Polis bergegas ke lokasi kejadian dan mengali tanah di halaman rumah pasangan itu, akhirnya menemui mayat Armida dalam keadaan yang sudah mula mereput.
Ketika ditemui, mayat mangsa dalam keadaan berlumuran darah di tanam sedalam 40-50 sentimeter. Polis percaya mangsa bunuh suaminya sebelum lehernya dikelar dengan pisau di dalam 'kubur' itu. Ini kerana polis tidak menemui sebarang sisa darah di tempat lain, kecuali dalam 'kubur' itu sahaja.
Lapor beberapa portal berita tempatan, Samsibar membunuh isterinya kerana cemburu dengan mangsa yang masih lagi berhubung dengan bekas kekasihnya melalui laman Facebook.
Samsibar dan Armida dikatakan berkahwin di Malaysia sejak dua tahun lalu dan kembali semula ke Indonesia untuk memulakan hidup baru.
Walau bagaimanapun, polis masih menyiasat motif sebenar kejadian tersebut.
Sumber : CiteMalaya
Leave a Comment