Tak berniat mempersenda golongan muda, tak perlu perbesarkan isu


Susulan viral kenyataan yang dianggap angkuh dan mempersendakan golongan muda yang tidak mampu hidup di bandar dengan gaji RM2,000, Anis Hafiza tampil menjelaskan bahawa isu itu tidak perlu diperbesar-besarkan.

Dalam kenyataannya kepada mStar hari ini, Anis juga menjelaskan dia tidak berniat untuk mempersendakan golongan muda, namun mengakui bahawa telah menggunakan bahasa pasar yang dianggap kasar oleh segelintir netizen. 

"Semua wanita pun akan menggunakan duit hantaran sama ada untuk membeli handbeg atau boleh dijadikan sebagai deposit rumah. Saya hanya menggunakan duit hantaran sebanyak RM2,500 untuk booking dan RM2,500 lagi untuk bayar peguam. Selebihnya saya tambah menggunakan duit simpanan sendiri dan dikeluarkan dari akaun kedua KWSP," katanya. 

Bagi Anis, adalah terpulang kepada netizen sama ada mahu menggunakan wang hantaran mengikut kehendak mereka. Malah dia menafikan tindakannya memuat naik tweet berunsur provokasi itu sebagai satu strategi pemasaran untuk menarik orang ramai menyertai seminar yang dihadirinya. 

"Tweet itu bukan strategi pemasaran. Cuma bila orang dah alang-alang kecam, saya tolong promosikan saja," katanya. 

Sementara itu di akaun Facebooknya awal pagi tadi, Anis memuat naik kenyataan berikut: 

"Alhamdulillah. Tiga hari ini banyak dapat pahala free. Orang kutuk, hina, kecam dan cerca. Perkara biasa bagi diri aku pernah dibesarkan oleh seorang ibu tunggal ketika berusia enam tahun lagi. 

"Jiran aku gelarkan aku, 'sian dia ayah tak ada, mak janda', 'sian dia anak janda, ayah tak ada'. Perkara ini sudah biasa hadap dari kecil. 

"So bila beli rumah pertama hingga sekarang, orang bercakap di belakang dan depan itu perkara biasa. Nak menganjing pun ramai. 'Ala rumah buruk apa nak hairan', 'Ala rumah apartment je pun, ingatkan rumah banglo'. 


"Maka dikecam oleh keyboard warrior ini pun perkara biasa la mentaliti naif. Dan paling best menjadi kecaman di beberapa page sampah si rashidaho, si kunyit la, kelab dob la, kelab apa jua kelab la. Biasalah kan nak naikkan rating share, komen dan like terbanyak. Dapatlah duit lebih kan. 

"Terima kasih yang PM dan WhatsApp bagi semangat dan juga sokongan dan yang terus mengeji dan mencerca, teruskan usaha anda sampai anda penat maki saya. Daaa.." tulisnya. 

BERITA BERKAITAN:


Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.