Syarikat insyuran Prudential dan AIA enggan bayar bil hospital pelanggan



SYARIKAT insurans Prudential dan AIA didakwa enggan membayar bil hospital pelanggan-pelanggan syarikat itu yang jatuh sakit di hospital swasta.
Satu perkongsian oleh Zulkefli Nordin di halaman Facebook yang menjadi tular mendakwa pihak insurans Prudential yang dilanggan oleh isterinya enggan membuat bayaran bil hospital berjumlah RM24,000 pada bulan Februari lalu.



“Bulan Februari yang lalu Prudential enggan cover bil hospital isteri saya berjumlah RM24k. Pelbagai alasan mereka bagi. Dalam kepayahan kami bayar juga bil hospital.” Dakwanya.

Menurut Zulkefli lagi, dia telah diyakinkan boleh membuat tuntutan daripada pihak Prudential selepas keluar wad, namun selepas 6 bulan masih tiada apa-apa perkembangan.

“Saya terus membayar bayaran bulanan polisi insurans isteri saya tanpa gagal selepas itu. Tiada respons bertulis dari Prudential sama ada kami perlu meneruskan bayaran atau berhenti, apa yang diyakinkan kepada kami adalah sabar, sabar, dan terus bersabar,” dakwanya.

Dakwanya lagi, bukan insurans Prudential sahaja yang bersikap demikian, malah insurans AIA turut tidak meluluskan surat jaminan (GL) anaknya yang dimasukkan ke unit kecemasan Hospital Tropicana Kota Damansara akibat demam yang agak panas dan batuk yang agak teruk.

“Anak saya diarahkan membayar bil sendiri terlebih dahulu. Bila isu ini saya rujuk kepada doktor yang bertugas, doktor yang bertugas tersangat kecewa dengan tindakan AIA.

Terkeluar dari mulut doktor itu sendiri bahawa beliau memang fed-up (menyampah) dengan cara syarikat insurans bekerja. Ini bukan kes pertama katanya, banyak kali perkara yang sama berlaku terhadap pesakitnya.” dakwanya.

Doktor berkenaan katanya sekali lagi menghantar laporan perubatan kepada AIA dengan menjelaskan butiran penyakit yang dihidapi oleh anaknya.



“Anak saya hanya demam panas dan jangkitan kuman di saluran pernafasannya. Tetapi amat perlu dimasukkan segera ke wad untuk dimasukkan antibiotik ke badannya.”

“Sekali lagi AIA menjawab mereka perlu study dan kami dinasihatkan membayar terlebih dahulu segala bil,”

“Apakah begini caranya syarikat insurans di Malaysia mengumpul kekayaan dengan memperdayakan pemegang polisinya?” soal Zulkefli.

“Apakah mereka menganggap terlalu mudah dengan meminta pemegang polisi membayar nya terlebih dahulu?”

“Bila bil dibayar oleh pemegang polisi bila pula tuntutan boleh diluluskan? Lihat sahaja pada kes Prudential yang dihadapi oleh isteri saya. Sehingga kini bil bayaran RM24K yang kami bayar entah bila nak diputuskan?” soalnya lagi. — EdisiRakyat.com, 24 November 2017

Sumber — Zulkefli Nordin

Sumber : Friscomedia

Sumber : SuperKiram

No comments

Powered by Blogger.