Heboh Pasal Elyana Umum Dia Ada Kanser Tahap 4 Di GV.. Tapi Ini Yang Elyana Baru Beritahu Yang Ramai Orang Tak Tau Tentang Kanser Beliau .. Subhanallah!


“Saya tidak mahu menyembunyikan apa-apa daripada peminat, oleh itu secara spontan saya membuat pengumuman mengenai kanser yang saya hidapi. Sudah tujuh tahun saya berjuang dengan kanser Limfoma dan sekarang hanya mampu berdoa kepada Allah selepas puas berikhtiar”
“Ada satu ketikanya, saya menghilangkan diri kerana berubat, namun kos perubatan kimoterapi memakan sejumlah wang yang besar. Jadi saya memilih untuk menggunakan alternatif lain,” jelasnya kepada BH Online.
Selain mengakui fobia untuk tidur pada sebelah malam kerana takut tidak dapat berjumpa dengan anaknya lagi, Elyana dalam masa yang sama turut mengingatkan perkara tersebut kepada anak perempuannya.

SETAHUN UNTUK HIDUP?

Pernah diberitahu oleh doktor bahawa dia hanya mempunyai masa setahun untuk hidup kerana menghidap kanser, perkara itu bagaimanapun tidak membuatkan Elyana terus murung sebaliknya menjadikan penyanyi ini lebih kental.

ELYANA SOMBONG?

Selain itu, Elyana turut menjelaskan bahawa dia mengetahui ada pihak yang menyatakan bahawa dia sombong kerana menolak untuk melakukan persembahan.
“Saya tahu ada yang kata saya sombong tolak persembahan semua, sedangkan badan saya ketika itu sedang mengembang dan rambut gugur. Doktor beritahu saya ketika itu saya hanya ada setahun untuk hidup”
“Saya nekad berhenti kimo dan cabar diri saya untuk berjuang. Syukur umur saya panjang sampai hari ini,” kongsinya lagi. Sama-sama doakan yang terbaik buat Elyana.

KANSER TAHAP 4

Dua hari lalu, penyanyi Elyana ada memuatnaik sekeping gambar menunjukkan kotak set lengkap pengurusan jenazah yang mengundang banyak spekulasi tentang motif sebenar penyanyi itu bertindak demikian.
Dan ketika memberi ucapan di pentas Gegar Vaganza 4 (GV4) malam tadi di mana beliau tersingkir dari persaingan, Elyana mendedahkan yang dirinya kini sedang menghidap kanser yang sudah berada di Tahap 4.
Tidak dapat dipastikan kanser apa yang dihidapi Elyana ktika ini.
Dalam ucapan beliau, Elyana turut meminta individu lain yang mempunyai penyakit sama agar terus kuat menempuh ujian itu. Kami pun mendoakan yang Elyana turut tabah menghadapi ujian ini bersama keluarga tercinta.
Sumber: ROTIKAYA

Apa Itu Kanser Limfoma (Lymphoma)

Separuh daripada kejadian kanser darah adalah kanser limfoma atau kanser limfa. Limfa adalah sistem berangkai yang terdiri daripada nod limfa di leher, bawah ketiak, celah peha, dada dan perut, sistem limfa bertindak mengeluarkan cecair berlebihan dari badan dan juga membina sistem imun badan.
Sel darah putih yang abnormal (sel kanser) akan membelah dan berkumpul dalam nod limfa, lama kelamaan kumpulan sel kanser ini akan menganggu sistem pertahanan tubuh.
Kanser limfoma bermula daripada sel darah putih yang dipanggil lymphocytes. Lymphocytes adalah faktor penting kepada sistem pertahanan badan.
Ia bergerak dan mengalir dalam jaringan sistem limfa yang tersendiri dari satu bahagian nod limfa ke nod yang lain. Lymphocytes mampu bergerak ke dalam sistem peredaran darah dan tisu sel badan untuk bertindak balas dengan serangan bakteria dan virus.
Kanser limfoma (lymphoma) terbentuk apabila sel Lymphocytes membiak dan membahagi dalam kadar yang tidak terkawal sehingga membesar dan membentuk tumor.
Tumor ini akan membesar dan menjejaskan tisu dan organ badan yang masih sihat.
Golongan Yang Berisiko Mengidap Kanser Limfoma
Warga tua
Lelaki
Mengahadapi masalah auto-imun
Pengidap HIV/AIDS
Banyak memakan daging merah dan lemak
Selalu terdedah kepada bahan kimia
Tanda Tanda Kanser Limfoma
Nod limfa membengkak pada bawah ketiak, leher, atau celah paha.
Demam
Badan menjadi lemah dan keletihan
Hilang berat badan
Sentiasa berpeluh
Sukar benafas dan sering sakit dada
Gatal gatal pada kulit
Ruam kulit
Bagaimana Kanser Limfoma Dirawat?
Doktor akan mengambil sedikit sampel dari dalam nod limfa yang membengkak untuk diuji.
Ujian lain yang akan dilakukan adalah ujian darah, biopsi sum sum tulang, dan juga CT scan atau PER scan. Ini bagi menentukan tahap kanser yang dialami.
Jenis rawatan akan dilakukan oleh doktor dengan mengambil kira faktor usia, tahap kesihatan, tahap kanser dan jenis kanser.
Antara rawatan yang bakal dilakukan untuk penyakit ini adalah:-
Kimoterapi
Kimoerapi dan radioterapi ke kawasan sakit
Terapi biologi – contohnya suntikan antibodi terus ke kawasan sakit.
Rawatan Stem Cell
Adakah Kanser Limfoma Boleh Dielakan?
Oleh sebab punca utama kanser limfoma tidak dapat dikenalpasti puncanya, maka tiada cara yang jelas yang boleh disarankan.
Walaubagaimanapun, pencegahan adalah cara terbaik daripada merawat. Amalkan gaya hidup yang sihat dan jauhi sebarang perkara yang boleh menyumbang ke arah terjadinya kanser.
Jika ada didapati mempunyai tanda tanda berulang seperti yang disenaraikan sebelum ini, lakukan pemeriksaan segera dan jangan bertangguh.


Sumber : Friscomedia

Sumber : SuperKiram

No comments

Powered by Blogger.