Bayi 8 bulan meninggal dunia akibat terjatuh dari katil


"Saya reda dengan ujian Allah, tiada siapa harus dipersalahkan termasuk adik ipar yang menjaga arwah anak sejak dilahirkan," demikian kata Nasir Nain, 39, bapa kepada bayi berusia lapan bulan yang meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari katil, malam semalam, lapor Harian Metro

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 9.30 malam, Muhammad Fawwas Hawwari, 8 bulan, anak bongsu dari empat beradik tidur di rumah ibu saudaranya di Kampung Baru Rompin, Jempol. 

"Muhammad Fawwas disayangi seluruh ahli keluarga, malah adik iparlah yang menjaganya kerana saya dan isteri bekerja," katanya. 

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Muhd Nur Hishamddin berkata, mangsa dibawa ke Klinik Kesihatan Bahau sebelum disahkan meninggal dunia pada jam 10 pagi hari ini. 

"Mayat dihantar ke Hospital Jempol sebelum dipindahkan ke Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) untuk bedah siasat. Buat masa ini kes diklasifikasi sebagai mati mengejut," katanya. 


Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.