Kutip dan jual tin untuk sara anak OKU dan enam cucu, netizen mohon orang ramai bantu nenek ini


Viral di media sosial, gambar seorang wanita dan cucu perempuannya menolak troli yang berisi tin-tin kosong untuk dijual bagi menyara kehidupannya, mencetuskan rasa simpati netizen. 

Gambar yang dimuat naik oleh Ariff Iman Anuwi pada Rabu, 29 November, menjelaskan dia terserempak dengan Norazian Yusof atau Tok Ummi di Medan Selera Semarak.

"Terserempak dengan makcik dan kanak-kanak perempuan ini sedang menolak troli yang berisi tin-tin kosong. Dia tinggal bersama anak perempuanya (OKU, ibu tunggal) dan enam cucunya di PPR Sri Semarak, Kuala Lumpur. 

"Suaminya sudah meninggal dunia lebih 20 tahun lalu, kini dia menyara kehidupan dengan menjual tin-tin kosong," tulis Ariff. 

Menurut Ariff, Tok Ummi yang tinggal di PPR Sg Bonus, menerima bantuan dari badan kebajikan RM400 setiap bulan. Namun jumlah itu mencukupi menyebabkan Tok Ummi perlu mengutip dan menjual tin-tin kosong bagi menambah pendapatan untuk menyara keluarganya termasuk empat cucu yang sudah bersekolah. 

"Saya tidak tahu apa lagi yang saya boleh tetapi saya perlukan bantuan orang ramai bagi mengumpulkan dana untuk membantu mereka," tulisnya. 


Sementara itu, beberapa individu lain juga pernah terserempak dengan Tok Ummi di kawasan berkenaan. Tetapi tidak mengetahui kehidupannya susah seperti itu.

Ariff menasihatkan mana-mana individu atau pihak yang sudi membantu keluarga ini boleh menghubungi Tok Ummi di talian 017-3368137. Bagi yang mahu menyumbang, boleh salurkan terus ke akaun Maybank 164810144991 atas nama Norazian Yusof.

Semoga ramai insan yang baik hati tampil membantu keluarga ini dan hanya Tuhan yang mampu membalas jasa anda semua. 


Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.