Kisah Hebat Wartawan Anak Bangsa Johor

KISAH HEBAT WARTAWAN 'LEGEND' BADROLHISHAM BIDIN 'MENGGEGARKAN NEGARA' BONGKAR SKANDAL PENJARA!

PROFESION wartawan ni unik. Korang boleh baca 1,001 kisah dalam akhbar dan televisyen, tetapi jarang sangat korang kenal kami yang menulis berita atau sesuatu artikel itu.
Kalau ada pun cuma beberapa orang, itu pun wartawan penyiaran sebab depa keluar dalam TV. Selebihnya memang korang tak kenallah..paling kuat pun korang rasa macam pernah dengar nama wartawan tersebut. Itu sahaja.

Tetapi memang itulah tugas kami. Kami tak perlu glamour pun, yang penting cerita kami dibaca orang. Cuma bila di zaman media sosial ni ramailah wartawan yang berkongsi kisah suka duka dan pengalaman mereka, so sedikit sebanyak korang kenallah sorang dua.

Bagi kami, siapa kami itu tidak penting tetapi yang paling penting pembaca dapat manfaat atau pengetahuan daripada sesuatu subjek yang kami angkat.

Baik, kali ini aku 'nak ubah' sikit. Aku nak berkongsi dengan korang kisah-kisah dan pengalaman seorang wartawan dalam menjalankan tugas mereka. Aku ambil inisiatif ini kerana kalau nak harap diaorang tulis, haram depa takkan tulis punya hahahaha.

Bukan sebab apa, tugas seorang wartawan ni tak tentu masa. Adakalanya lewat malam baru balik rumah. Tak cukup dengan tugasan harian mencari berita, acapkali mereka kena hasilkan rencana, analisis, mengendalikan kolum sendiri dan sebagainya. Dalam erti kata lain manalah ada masa nak tulis kisah diri sendiri.

Lagi satu, bila seharian kerja kau menaip je, bila sampai rumah kau tengok laptop pun dah 'tak lalu' dik. Aku ambil inisiatif ini kerana selain daripada salah satu tanda terima kasih kepada 70,000 follower aku sekarang, aku harap pengalaman ini dapat digunakan oleh adik-adik wartawan baru sebagai panduan dan motivasi untuk bekerja dengan cemerlang seperti akak-akak dan abang-abang senior mereka.

Baik. Untuk siri pertama ini, aku nak memperkenalkan kat korang seorang wartawan jenayah dan penyiasatan hebat bernama Badrolhisham Bidin@ Bad. Kenapa aku pilih Bad? Pertama sebab aku tak kenal rapat dengan dia hahahaha. Ini penting, kalau aku rapat dengan dia, aku takut tulisan aku bunyi macam membodek pulak kaedahnya.

Bad ni dulu adalah wartawan Malay Mail di era 80'an dan sekarang bertugas sebagai editor di NSTP (entah masih kerja ke dah pencen).

Aku mula mengenali Bad waktu bertugas sebagai wartawan jenayah dulu. Kami sering terserempak di lokasi rompakan, pembunuhan etc. Kalau korang tengok orangnya, 'halus dan comel' sahaja. Tapi kami tak banyak berbual kerana pengalaman dia ngan aku bezanya macam langit dengan bumi, so aku memang letak respek aku kat dia gila-gilalah walaupun Bad ni tak pernah meletakkan dirinya macam dewa yang perlu kau sembah kakinya ahaks.

Untuk pengetahuan korang, waktu dia jadi wartawan jenayah dulu, mana tempat dia tak pernah redah...rumah pelacuran, pot penagih dadah, disko, just name it. Kalau Bad dan rakan-rakannya buat siri laporan khas, confirm cuaklah pihak berkuasa terutama polis. Ada je benda yang diaorang bongkar. Anugerah dan hadiah kewartawanan ni jangan citerlah, dapat kat diorang sesaja hahaha.
Dengan tubuhnya yang kecik macam budak sekolah tu, Bad akan menyamar jadi macam-macam. Antara jadi pengemis minta sedekah. Namun yang paling menggegarkan negara apabila Bad dan rakan-rakannya berjaya menghasilkan sebuah laporan eksklusif tentang kisah seorang banduan bernama Abdullah Ang yang hidup mewah dalam Penjara Kajang. Paling 'tragis', Bad berjaya mengesan Abdullah di Petaling Street sedang menguruskan perniagaan walaupun masih berstatus banduan!

Ceritanya begini.

Ang adalah orang yang mendapat kepercayaan penuh dari Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir ketika itu. Dr.M telah melantiknya sebagai Ketua Eksekutif Perbadanan Pelaburan Seberang Laut Malaysia (MOIC).

Pendedahan mengenai Ang menjadi "Banduan Istimewa" telah dibuat oleh Bad dan rakan-rakannya kat Malay Mail pada 19 Ogos 1989. Hebat tak hebat Ang ni, beliau boleh berulang alik dari Penjara Kajang ke Jalan Ipoh, Kuala Lumpur untuk minum teh tarik, membaca akhbar dan menguruskan pernigaannya .

Ang telah dihukum penjara lapan tahun dan didenda RM100,000 oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 15 Disember 1986 (diringankan kemudiannya atas rayuan) setelah dia mengaku salah atas tuduhan pecah amanah yang melibatkan RM 338,808.80.

Di Penjara Kajang, biliknya siap dilengkapi peti sejuk, karpet, perakam video dan tilam air khas (waterbed).

Kira-kira lagi dua hari sebelum dibebaskan dari penjara, kelibat Ang telah dilihat di pusat bandar KL! Ang ketika itu memakai t-shirt dan seluar putih. Sampai saja ke pengetahuan Malay Mail, editornya telah menghantar wartawan mereka antaranya Bad dan jurugambar untuk menjejaki Ang.

Dalam laporan Malay Mail itu juga memperlihatkan bagaimana Abdullah dengan selamba berada di kilang pakaian keluarganya. Malah tidak ada juga sebarang wadar atau pegawai penjara yang mengiringinya ketika itu.

Namun ketika jurugambar Malay Mail sedang asyik sedang merakamkan kelibatnya, Ang terperasan dan terus menutup wajahnya dengan menggunakan sehelai tuala. Bila kes ini diajukan kepada pegawai penjara, mereka mendakwa Abdullah terlibat dalam sebuah sistem dimana ia merupakan persediaan pra-pembebasan which is banduan dibenarkan bekerja di luar untuk membiasakan diri mereka bila bebas kelak.

Yang pasti, disebabkan laporan Bad dan kengkawannya itulah, rombakan dalam penjara telah dibuat termasuk akhirnya jawatan tertinggi Ketua Pengarah Penjara telah diberikan kepada pegawai kanan PDRM ketika itu!

Dan korang nak tahu tak macam mana Bad berjaya membongkarkan cerita ini, dia bantai pakai baju sekolah dan tunggu bas sambil 'skodeng' Ang balik rumah!

Kehebatan Bad dan rakan-rakannya menghasilkan berita ini sampai sekarang dianggap 'expose of the century'!

Serius, aku harap satu hari nanti Bad akan menulis memoirnya untuk tatapan kita semua.

Pada abang Bad, maaf kerana tulis benda ni tanpa pengetahuan abang, bukan apa, kalau saya tak tulis, jangan harap abang nak cerita kah kah kah, steady anak Muor!

Korang nak tahu lagi tak kisah wartawan-wartawan hebat kat Malaysia ni, let me know - InshaAllah aku akan sambung lagi. Terima kasih kerana sudi membaca.


SYAHRIL A. KADIR
Damansara, Selangor.


Sumber : Friscomedia

Sumber : SuperKiram

No comments

Powered by Blogger.