Anak demam, batuk dan selesema sampai muntah gara-gara asap rokok


Walaupun sudah beberapa kali tular di media sosial tentang kesan merokok kepada kesihatan dan orang sekeliling, tetapi isu ini seolah-olah dipandang bersahaja oleh perokok. Lantas, cara bagaimana lagi harus diperlihatkan kepada mereka? Kes kematian, bayi sesak nafas, penyakit merbahaya seperti kanser sudah dilaporkan beberapa kali oleh para doktor.

Seorang wanita mengeluh dengan keadaan ini. Apatah lagi perokok tersebut dalam kalangan orang terdekat dengannya. Anaknya yang masih kecil menjadi mangsa keadaan kepada situasi ini. Wanita ini turut berpesan, jika sayangi anak-anak, berhenti lah merokok.

SEMALAM saya bawa Muhammad Rayyan repeat blood test. Muhammad demam, batuk, selesema on off sejak raya haji. Kira-kira hampir tiga minggu. 

Masuk bilik, soalan pertama doktor ajukan, "Ayahnya merokok ke?" 

"Ye doktor," saya dah mula tak keruan pada waktu ini 

"Kuman dalam darah anak puan masih tinggi. Jadi, dia memang akan on off demam, batuk dan selesema selagi mana ayahnya merokok," kata doktor. 

Allah, saya rasa nak menangis pada waktu ini dan terbayangkan Muhammad tak lena tidur malam kerana batuk-batuk yang adakalanya sampai termuntah-muntah. 

"Jika sayangkan anak, minta ayah berhenti merokok ye," kata doktor yang membuatkan hati ibu meruntun. 

Salah orang lain, tetapi orang lain pula yang menanggung. Ya, ramai orang di sekeliling Muhammad merokok Bukan sekadar ayahnya, atoknya, pakciknya. Apa pilihan yang saya ada? Menjauhkan Muhammad dari mereka yang merokok?

Ya, saya tahu mungkin ada faktor lain selain asap rokok. Tetapi salah satu sebab adalah asap rokok. Asap rokok yang melekat di tubuh perokok akan hilang dalam masa tiga hari. 

Kalau sayangkan Muhammad, berhentilah! 

PENAFIAN: Suami dan ahli keluarga yang semoker, merokok di luar rumah dan ada yang hanya merokok di kedai mamak sahaja. Tetapi the fact is, asap rokok melekat di baju-baju selama tiga hari. 



Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.