Panglima TUDM Jawab Isu Pakaian Unit Amal PAS.

KENYATAAN MEDIA | ISU PAKAIAN JABATAN AMAL MALAYSIA

Sekretariat Kebajikan Bekas ATM PAS Pusat mohon PATRIOT agar lebih professional dalam membangkitkan sesuatu isu nasional jika ingin dilihat sebagai sebuah badan NGO yang tidak berpihak dan kononnya tegas tapi rakyat marhaen menilai.

Etika berpakaian seragam yang diamalkan oleh Jabatan AMAL Malaysia (JAM) adalah selaras dengan keperluan dan suasana. 


Pakaian Istiadat ini diguna dalam adat istiadat rasmi PAS oleh kumpulan ahli JAM yang terlatih. Ketua Perbarisan pada majlis bersejarah itu adalah Tuan Haji Bakri seorang Bekas Pegawai Waran ATM yg terlatih dari kepakaran Kawad dan Istiadat, bukan dibuat secara semberono.

Dari sudut luaran pakaian istiadat JAM yang telah diperkenankan oleh AJK PAS Pusat ini dilihat lebih bertepatan dengan model yang diguna badan seragam dari unit sukarelawan yang lain seperti Palang Merah dan Kadet beruniform di sekolah-sekolah dan kumpulan Pancaragam malah telah didominasikan secara kemas dan bersopan oleh Ahli Parlimen termasuk Raja-Raja Melayu. 


Mereka JAM bukanlah kumpulan Kombatan tetapi sebuah Organisasi Sukarelawan yang Terlatih dari pelbagai bidang kepakaran khususnya Perubatan dan Keselamatan.

Kenyataan Pengerusi PATRIOT adalah kenyataan yang dangkal yang fokus hanya pada Jabatan AMAL Malaysia milik PAS. Saya menganggap tuduhan beliau berat sebelah dan tidak adil kepada semua badan beruniform awam seluruh Malaysia khususnya PAS.

Dalam pembentukan Malaysia Baru, PATRIOT sewajarnya lebih menyasarkan agar setiap warga Malaysia lebih berjiwa kental dengan jatidiri dan semangat Patriotik kepada Agama, Bangsa dan Negara.

Ikhlas dari :
 

Lt Kol TUDM (B) Haji Nazari Mokhtar
Presiden KERABAT Malaysia.


Sumber : Friscomedia

Sumber : SuperKiram

No comments

Powered by Blogger.