Complaint SST, netizen saran Ahmad Maslan pindah ke luar Malaysia


13 September lalu, Ahli Parlimen Pontian, Ahmad Maslan memuat naik tweet yang menyentuh mengenai cukai SST yang didakwanya mengenakan harga tersembunyi. 

Menurut beliau, menu yang dipesannya dari sebuah restoran di KLIA2 menjadi mahal disebabkan sistem cukai tersebut. 

"Nasi ikan bawang dan air mineral RM37.50 sebab campur #SST Service Tax 6% dan Service Charge 5% dan juga SST Sales Tax 5/10% dalam harga yang tersembunyi. 

"Sedap dan cantik hidangannya tapi mahal," tulisnya. 



Bagaimanapun, netizen mengimbas kembali kata-kata yang pernah diungkap pemimpin kerajaan terdahulu di mana mereka meminta bekas Timbalan Menteri Perdagangan dan Industri Antarabangsa itu masak makanan sendiri atau bawa bekalan makanan sendiri, paling koman pindah ke luar negara. 

"Kalau mahal, masak kat rumah, bawa bekal atau pindah dari Malaysia," kata Bandi Sondakh (@perlisakan). 

"Beritahu aku, rakyat biasa mana yang akan makan nasi sampai RM30? Ini orang kaya, makan di tempat mahal. Sengaja je nak provoke," kata Hariz (@Hldnal). 

Netizen juga turut berkongsi gambar premis restoran berkenaan dan rata-rata mengatakan tidak hairanlah pelanggan akan dikenakan caj perkhidmatan. 


"Saya rasa YB Ahmad Maslan salah hadam info. Restoran mahal mewah eksklusif untung besar memang ada service tax dari zaman dulu-dulu lagi. Semua tahu melainkan YB datang makan free peminat penyokong client belanja tak tunjuk resit. Rakyat marhaen tak makan di sini setiap hari," kata Mohd Hazwan (@mohdhazwanzw). 

Tweet itu turut mendapat perhatian 'Sultan Melaka' yang memuat naik tweet berikut:

"Tiba-tiba kisah pula pasal tax sampai ambil gambar resit. Dulu masa hang melalut jadi timbalan menteri pernah tak hang simpan resit makanan yang ada GST? 

"Pasaipa tak tweet masa tu? Ooo, masa tu hang gebang harga barang akan turun kerana GST. Ahmad, hang ni ***** piang kan?" tulisnya. 


Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.