Berang tak dibenarkan makan durian, gadis hubungi polis, dakwa dirogol teman lelaki
Keinginan seorang wanita untuk menikmati buah durian terbantut apabila kekasihnya tidak membenarkan dia untuk makan raja buah itu di dalam bilik hotel mereka, lalu mencetuskan pertengkaran.
Dalam kejadian malam 11 September lalu, Zhang, 29, dari Zhejiang, China, berang dengan teman lelakinya, Luo, yang melarangnya berbuat demikian.
Difahamkan, pasangan itu menginap di hotel tersebut untuk meluangkan masa bersama. Namun malam itu, Zhang terasa lapar lalu mengeluarkan buah durian yang dibawanya bersama untuk dimakan.
Bagaimanapun, teman lelakinya dalam nada bergurau berkata, dia tidak mahu Zhang makan durian di bilik itu dan meminta Zhang makan di rumah.
Zhang tiba-tiba marah selepas mendengar kata-kata itu, lalu mengambil durian itu memukul Luo yang sedang baring di atas katil, malah Zhang turut menerajangnya.
Luo cuba menenangkan Zhang, tetapi menerima satu tamparan di muka yang menyebabkan lebam.
Zhang kemudian mengambil telefon bimbitnya menghubungi polis dan mendakwa dia telah dirogol oleh Luo.
Sepasukan anggota polis segera datang ke lokasi kejadian, tetapi kebinggungan selepas mendapati tiada tanda-tanda Zhang cedera akibat dirogol seperti yang didakwa.
Apabila pemeriksaan dilakukan, bilik itu kelihatan kemas dan tiada tanda pergelutan berlaku.
Zhang akhirnya mengaku membuat dakwaan palsu kerana dia berang Luo tidak membenarkan dia makan durian di dalam bilik itu.
Selepas mendengar pengakuannya, polis mendakwa Zhang kerana mengganggu ketenteraman awam dan didenda mengikut undang-undang selama lima hari.
Sumber: ET Today, World of Buzz
Sumber : CiteMalaya
Leave a Comment