'Janji nak kahwin tapi awak yang tinggalkan saya' - Luah ditinggalkan kekasih, netizen kecam Ex-GF, tapi...


Viral di Twitter, seorang lelaki buat thread yang dirinya ditinggalkan teman wanita. Tweet 20 September lalu itu dikicau semula lebih 14,519 kali dan ramai yang memberi sokongan kepadanya. 

"Senangnya manusia berubah. Janji nak kahwin, you are the one yang janji tak akan tinggalkan I when I had nothing, but you are the one who leave me," tulis Iqbal Sheikh Ali. 

Menurut Iqbal, setiap malam dia berfikir, apa kesalahan yang telah dia lakukan sehingga hubungan mereka terputus begitu sahaja. 

"You asked me for a second chance. Sebab sayang, aku bagi but you broke the promises. Every night aku fikir apa salah aku. 



"Betullah apa orang cakap, jangan letak harapan yang tinggi pada manusia sebab kita akan kecewa pada suatu hari nanti. Patutlah lately ini rasa lain. Day by day I can feel your feelings towards me are slowly fading away. 

"Musnah harapan aku nak buat surpise for our annivesary. Aku tak tahu nak buat apa dengan duit kahwin itu. You left me when I had nothing. I will always remember. 

"Please jangan mainkan perasaan orang yang letak harapan tinggi. Ingat, kita hidup di dunia ini bukan selalunya di atas. Allah nak tarik nikmat itu, sekejap saja. 

"Seperkara lagi, kalau kita dah bawa jumpa parents pun, belum tentu dia akan menjadi milik kita. But please bear in your mind, once lelaki dah bawa jumpa family that means he is very serious," tulisnya. 

Thread Iqbal itu menyebabkan ramai netizen yang mengecam bekas teman wanitanya itu. 

Enggan berdiam diri, tuan empunya badan, Joanna Alexandr, tampil mempertahankan diri dan menjelaskan punca sebenar dia meninggalkan lelaki itu. 

"Okey, since aku kena bash teruk sebab post Iqbal, aku just nak cerita sikit. Siapa yang betul, salah ke apa, tak kisah. Yang penting dapat beritahu korang.

"Okey, aku dah lama suruh dia lepaskan tetapi dia tak nak. "Kalau aku tak dapat kau, orang lain pun tak akan dapat". Tetapi at last dia lepaskan. Alhamdulillah. 

"Aku tak tahu nak start dari mana, aku bukan jenis balas-balas ini. Tetapi dia yang minta. Since ramai juga call aku, dm aku, so aku ceritakan sajalah okay. 

"Aku suruh dia lepaskan sebab aku tak tahan. Di Politeknik, kalau dinner aku mana bole hturun, nanti lelaki pandang aku. So aku bagi duit sajalah pada roommate, suruh belikan makanan untuk aku sebab nanti dia jeles orang lain pandang aku. Memang lumrahlah kan lelaki pandang perempuan. Aku nak buat macam manaa? Tak apalah, aku ikutkan sajalah kau punya hasrat itu. 

"Okey, dia pernah suruh download apps Life360. Apps ini untuk track kita berada di mana. First, kalau dia suruh download sebab risau aku naik Grab ke apa tak apa. But dia suruh download sebab tak percayakan aku. Dia ingat kau nak keluar dengan jantan lain agaknya. 

"How can you be in a relationship if there is no trust? Weh, penat nak minta kau punya trust itu weh. Aku buat macam-macam, satu pun tak percaya. Siap bawa kau jumpa parents aku lagi kot? 

"Classmate aku ada 24 orang dan hanya dua orang saja perempuan. Ada seorang ini dia comment di gambar Insta aku, cakap, "Done like". Psatu si dia tak berpuas hati lalu DM lelaki itu minta dia jauhkan diri dari aku. Hello, lelaki itu dah ada teman wanita kot? Hari-hari post pasal teman wanita dia. Ayoyo! 

"Dia tak pernah support apa yang aku buat. Aku kerja burger malam-malam, setiap hari balik mesti gaduh. Aku kerja nak car iduit. Banyak kali aku terangkan tetapi dia cakap itu tanggungjawab itu bapa. Ye, your parents kaya so kau tak akan faham kenapa aku memang tak minta duit parents aku. 

"Dia marah, cakap "Kenapa sebelum masuk belajar tak cakap yang you masuk belajar ni nak study dan kerja. You just cakap you nak study. Liar!" Dia cakap aku penipu pula pasal benda ni. 

"Okey, sekarang aku dah berhenti kerja sebab pressure dengan semua ini. Ingat tak dia pernah tweet pasal perfume tu dan dia kata sebab guy best friend?


"Kitorang gaduh sebenarnya bukan sebab itu. Just sebab aku mimpi yang mana aku curang. Aku cerita pada dia, pastu ingatkan dia nak tenangkan cakap mainan syaitan ke apa tak. Tapi tak. Kitorang gaduh teruk dan paling terkejut dia post macam tu. 

"Like kau sayang dia gila babi, pastu dia burukkan kau. Pastu benda itu viral, kau kena bash teruk. Aduh, malas sebenarnya nak gaduh sebab rasa macam budak-budak pula. Tetapi ini dah melampau. 

"Aku tak ada niat nak buka aib dia. Just ambil sebagai pengajaran. Tak perlu maki-maki dia okey. Thank you, sorry sebab kroang kena dengar masalah percintaan yag sepatutnya jadi personal," tulisnya. 

Sumber: Iqbal, Joanna


Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.