'Eh? Ada barang tak elok di rumah anak ni' - Perniagaan lingkup, isteri sakit akibat disihir si polan
Menurut lelaki ini, pengalaman yang menimpa keluarganya akibat sihir teramatlah perit. Bukan sahaja perniagaannya lingkup, malah isterinya juga menghidap penyakit misteri dan dimasukkan ke hospital. Pun begitu, dia tabah mengharungi semua dugaaan itu.
Namun dengan takdir Allah, dia dipertemukan dengan seorang guru pondok dari Kelantan yang ditemuinya di kedai makan. Dengan bantuan guru berkenaan, dia menemui beberapa benda sihir yang ditanam di kedainya.
PENGALAMAN paling perit, permainan sihir.
Tiba-tiba saja isteri aku tumbang. Mukanya terus kuning, dia meronta kesakitan tetapi tidak tahu di mana sakitnya. Dari hospital kerajaan sampailah KMC, tak tahu apa punca penyakitnya.
Perniagaan aku lingkup. Dari mewah, jatuh sampai tinggal syiling. Evo, RX2, aku jual. Subaru, Grand Livina ditarik hanya selang seminggu. Subaru di Hospital Kuantan, Grand Livina di Hospital Selayang. Kedua-duanya masa aku menjaga isteri yang sakit.
Masa kereta itu ditarik, adalah insan sedekahkan aku RM100. Insan ini pun menunggu anaknya sakit. Tak kenal pun aku. Masa gendong anak aku itulah, kaki aku patah kembali. Semua kawan dan keluarga mentua bencikan aku (disebabkan sihir). Hanya tinggal aku dan anak aku menjaga isteri aku yang sakit.
Walau macam mana pun keadaan pada waktu itu, aku tak akan tinggalkan isteri dan anak aku sebab itu tanggungjawab aku.
Tisu salut jarum dijumpai di bucu kedai, dua balutan. Tujuannya untuk aku gaduh panas dengan keluarga mentua. Tisu sebelah bucu kiri, tujuannya untuk melingkupkan perniagaan aku. Tulang kongkang ada jarum itu, tujuannya untuk membunuh isteri atau aku. Tetapi terkena pada isteri. Pack 3 3 aku kena.
Tetapi ada sesuatu yang Allah tolong. Masa di KMC, doktor minta RM20,000 rawatan untuk isteri. Aku dengan keadaan pening memikirkan RM20,000 itu terus turun dari hospital. Terus pergi ke kedai mamak sebelah KMC, ternampak dua orang tua (suami isteri) sedang minum. Aku pun duduk di situ, minum sekali. Nak bayar saja, aku suruh mamak itu kira sekali dengan pasangan itu tadi.
Selepas bayar, pakcik itu bertanya kenapa macam sedih saja. Aku cerita tentang isteri aku yang sakit. Pakcik itu minta tengokkan gambarnya dan aku bagi. Terus pakcik itu cakap,
"Eh? Ada barang tak elok di rumah anak ni."
Aku terkejut, isteri pakcik itu suruh suami dia pergi buangkan dan pakcik itu setuju. Terus aku bawa dia pergi ke kedai aku. Itulah aku terjumpa barang-barang syirik itu. Aku yang gali sendiri. Yang peliknya pakcik dan makcik itu aku tak kenal pun. Demi Allah aku cerita.
Rupa-rupanya pakcik itu guru agama sekolah pondok di Kelantan, Pasir Tumbuh rasanya nama tempat itu. Bila dapat keluar, isteri aku terus makan. Nampak tak permainan sihir? Memang kejam. Menghancurkan rumahtangga orang.
RX2 BAB4162 aku dapat beli kembali dan sekarang hanya itu saja yang ada. Satu lagi sahabat pernah tolong aku. Di mana aku tiada apa-apa, dia telefon dan pinjamkan keretanya. Aku dan mentua sudah baik kembali. Aku ingat semua.
Sumber: Mohd Sadikin Saidin
Sumber: Mohd Sadikin Saidin
Sumber : CiteMalaya
Leave a Comment