'RM250 nak survive sebulan dengan 4 beranak, macam mana?' - Beratnya dugaan saudara baru


Betapa berat memandang, berat lagi bebanan yang digalas. Tiada sesiapa pun meminta untuk hidup susah. Tetapi, kerana faktor persekitaran dan juga kesihatan memaksa dia untuk meneruskan kehidupan biarpun tidak seindah orang lain.

Ujian yang diberikan kepadanya amat sukar. Ketika dia memilih untuk memeluk Islam, keluarga telah membuangnya. Hanya adiknya sahaja yang dikatakan banyak membantunya. Abdullah Gunalan, seorang suami dan bapa yang tabah. Walaupun bergelar OKU, dia masih menaruh harapan untuk bekerja.


HI GUYS. Aku rasa macam nak cerita pasal hamba Allah ni yang dilahirkan as a normal person tapi sejak dua tahun lepas dia cacat seumur hidup dan dia fakir miskin. 

Aku start dari nama dia dulu. Nama dia sebenar is Gunalan. Tapi dia dah convert masuk islam 5 tahun lepas. So nama Islam dia Abdullah Gunalan. Jangan tanya kenapa tetiba dia masuk islam. Aku tak tanya pasal tu kat dia. For me tu hidayah untuk dia. Okay aku start cerita dari mana aku jumpa dia. 

Actually aku dah banyak kali jumpa dia, cuma tak pernah tegur. Aku jumpa kat kedai makan kat masjid and so on. Time tu dia still boleh jalan macam biasa. 

Then selasa lepas bila aku habis kerja, aku memang selalu singgah kedai makan favourite yang dekat dengan area rumah aku. Time aku nak parking tu, aku nampak si Abdullah ni pandang lama je kat aku. Maybe sebab aku bawa macam kelam kabut kot. So aku ignore je lah.

Entah macam mana, aku spontan je panggil Abdullah tu “aney” then dia pandang. Aku suruh dia duduk dengan aku sebab aku nak tanya macam mana dia boleh accident. Dia pun terus nak bangun pegang tongkat bagai tapi sumpah struggle gila babi.

Time tu aku dah serba salah teruklah. Aku yang normal boleh panggil orang yang kaki dan tangan dia pendek 6 inci untuk datang kat aku. Last-last aku pergi kat dia, aku papah dia datang kat table aku. Kat situlah bermulanya cerita pasal dia accident.



Abdullah ni dulu kerja jual kacang naik motor. Satu hari tu, time dia on the way nak balik rumah, dia kena langgar dengan pemandu mabuk. Tayar kereta tu naik hempap kaki dia. Paha dia dah tak ada tulang (after operate) dan betis dia ni pun dah tak ada daging.

Ohh yeah, lupa nak mention. Orang yang langgar dia tu lari dan tak bertanggungjawab langsung pasal dia. So kat situ dia hilang sumber pendapatan dia. Aku ada juga tanya dia mana family, kawan-kawan atau saudara apa semua. Dia cakap, since dia masuk islam 5 tahun lepas, dia dah kena buang keluarga. Kecuali adik dia.

Adik dia adalah tolong-tolong dia sikit. Macam bagi barang dapur sikit-sikit, bagi duit sikit. Itu pun setahun sekali sebab adik dia pun tengah proses nak masuk islam. So maybe busy sikit.

Aku pendekkan ceritalah, macam panjang sangat je. Time dia nak balik tu, dia tak ada pun minta duit ke apa ke. Tapi dari cara dia bercerita, aku tahu dia tengah perlukan duit sangat sebab dia ada cakap nak bayar yuran anak sekolah dan tak tahu nak beli makanan pakai duit apa.

Aku adalah hulur sikit terus letak dalam poket dia, tak nak bagi kat tangan. (Malu sebab sikit sangat) so nak dijadikan cerita, time dia nak keluar dari parking tu, dia accident lagi.

Aku lupa nak cakap. Ada orang sumbang kereta kat dia tahun lepas dan kereta tu semua control pakai tangan. Aku tak tahu macam mana nak bawa. So jangan tanya pasal kereta. Tu kereta Saga dia.


Tapi alhamdullahlah. Dia tak ada apa time accident depan aku tu. Cuma kereta dia je yang pecah. Sebab orang tu langgar dia dari belakang. Aku cuma nampak muka dia macam sedih nak mampus then dia lap air mata. Aku pun nak nangis dah time tu tapi tahan sehabis baik. Abang ego sikit. Hehe.

Nak dijadikan cerita. Semalam aku pergi rumah dia. Tapi sebelum tu, aku minta sumbangan dari kawan-kawan aku, mana tahu ada yang nak hulur apa-apa ke. Aku on je. As long as dapat ringankan beban Abdullah. Ada yang bagi baju ada yang bagi duit. Alhamdulillah lah.

Sampai je rumah dia, aku terkejut rumah dia kemas gila. Satu sampah pun tak ada atas lantai. Pandai bini dia jaga rumah. Tapi yang sedihnya, bilik semua tak boleh pakai sebab bila hujan, satu rumah banjir. So family dia terpaksa tidur kat ruang tamu.




Bila aku nak balik, aku dah cakap kat dia selagi aku mampu tolong, aku akan tolong dia. Korang bayangkanlah, RM250 nak survive sebulan dengan 4 beranak. Macam mana? Nak makan apa anak anak dia nanti.

Kat sini aku bagi nombor akaun Abdullah dan kad pengenalan anak beranak dia. Aku harap korang semua dapatlah kurangkan sikit beban Abdullah ni. Dalam rezeki kita, ada juga rezeki orang lain. Why not kita bantu sikit kan? Thank you guys! 



By the way, video ni dia tengah cerita pasal kaki dia dan anak dia. Dia harap kaki dia kena potong dan dapat kaki palsu sebab dia nak kerja sangat dan tolong bini dia. Dia kesian tengok bini dia jual kacang hari-hari.



Alamat kediaman baru Abdullah Gunalan
Sumber: Afieq Azraie


Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.