Kerajaan Maldives baru ditumbangkan parti pembangkang yang punyai logo seperti BN


Hari ini, 24 September, rakyat Maldives berpeluang merasai yang sama dirasai oleh rakyat Malaysia pada PRU14 lalu, kerana mereka berjaya menumbangkan parti yang sedia ada memerintah negara itu, lapor World of Buzz.

Menurut laporan Aj Jazeera, ketua pembangkang, Ibrahim Mohamed Solih, telah berjaya menewaskan Presiden Abdulla Yameen dalam Pilihan Raya Presiden selepas Solih mendapat 58.3 peratus undi popular. 

"Kami telah memenangi pilhan raya ini dengan majoriti yang selesa. Ini adalah saat yang menggembirakan, saat harapan baru, saat yang bersejarah. 

"Saya ingin meminta Presiden Abdulla Yameen, menghormati kehendak rakyat dan segera memberi kerjasama dalam proses peralihan kuasa," kata Solih dalam sidang medianya pada tengah malam tadi. 



Kemenangan yang tidak dijangkakan itu telah menghancurkan hasrat Yameen yang mahu menjadi Presiden Maldives untuk penggal kedua. 

Difahamkan, situasi di Maldives tidak kurang berbeza dengan Malaysia di mana Presiden Abdulla Yameen didakwa atas beberapa perkara berikut yang membawa kepada punca kekalahannya iaitu: 
  • Menipu dalam pilihan raya
  • Memaksa kakitangan syarikat milik kerajaan mengundi partinya
  • Menempatkan orangnya sendiri dalam suruhanjaya pilihan raya
  • Penjarakan beberapa pemimpin pembangkang
  • Membatalkan pendaftaran pengundi baru

Bagi pelancong, Maldives umpama syurga bagi penyelam, tetapi bagi rakyatnya, Maldives sebuah negara yang dipimpin oleh kerajaan yang menindas rakyatnya sendiri. 


Presiden Yameen juga dianggap sebagai pemimpin autokrat semenjak dia mula berkuasa pada tahun 2013. Malah sanggup menjatuhkan pesaing politiknya, ini termasuk abang kandungnya sendiri, Maumoon Abdul Gayoom, yang sudah lama berkhidmat untuk kerajaan, 30 tahun. 

Beberapa pemimpin pembangkang termasuk Solih sendiri terpaksa melarikan diri kerana bimbang dengan keselamatan mereka. 

Untuk pengetahuan, Solih merupakan pemimpin kanan Maldivian Democratic Party (MDP) di mana bendera parti itu menyamai logo Barisan Nasional.


Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.