Lucinta mahu pindah ke Malaysia, netizen Indonesia gembira dengan keputusannya
Penyanyi dangdut Indonesia, Lucinta Luna, dilaporkan mahu membeli rumah di Malaysia dan berpindah ke negara ini, lapor Sinar Harian.
Pengakuan Lucinta itu membuatkan netizen di Indonesia gembira dan memintanya mempercepatkan proses perpindahan itu serta usah kembali lagi ke Indonesia.
Lucinta yang baru saja mengeluarkan single Semalam Bobo Dimana, nyanyiannya bersama Datuk Aliff Syukri Kamarzaman dan Nur Sajat, menjadi subjek dikecam netizen kebelakangan ini kerana lagu tersebut yang dianggap sebagai mempromosi aktiviti perhubungan sejenis atau songsang dan transgender (LGBT).
Lucinta juga didakwa sebagai lelaki bernama Fattah sebelum menjalani pembedahan menukar jantina bagaimanapun menafikan dakwaan itu. Tetapi seringkali memberikan pelbagai alasan apabila diminta ditunjukkan kad pengenalannya oleh wartawan.
Dalam isu terbaru ini, Lucinta membuat pengakuan bahawa dia telah 'diklaim' oleh Malaysia dan mengaku mahu membeli rumah dan berpindah ke Kuala Lumpur.
Netizen menyambut baik keputusan Lucinta dan meminta dia pindah secepat mungkin dan tidak lagi kembali ke Indonesia.
Bagaimanapun, Lucinta enggan melayani komen negatif terhadap dirinya itu. Malah dia gembira semakin ramai yang membenci dirinya yang secara tidak langsung membuatkan dirinya semakin dikenali.
Sumber : CiteMalaya
Leave a Comment