'Rumah hampir disamun, anak nyaris diculik lelaki warga asing'


Orang ramai terutamanya suri rumah seringkali diingatkan agar sentiasa mengunci pintu rumah masing-masing bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku. 

Dalam kes terbaru, seorang wanita mendakwa rumahnya hampir saja diceroboh oleh seorang lelaki dipercayai warga asing. Anak bongsunya juga nyaris diculik suspek yang ketika itu sedang berusaha mengumpil selak pintu. 

Suri rumah berkenaan percaya, lelaki itu cuba menyamun dan menculik anaknya, terus membuat laporan polis di Balai Polis Kajang pada Selasa lalu.

Lokasi kejadian: Saujana Impian, Kajang, Selangor

SAYA berada di rumah bersama anak bongsu berumur tiga tahun. Dalam rumah memang kecoh dengan suara anak bermain, kan? Saya terdengar bunyi motor agak kuat berhenti di hadapan rumah tetapi terlindung. Saya menjenguk, tetapi tiada sesiapa. 

Kemudian terdengar bunyi pagar di hadapan dibuka, bunyinya kuat (seperti biasa cara anak bujang buka pagar). Biasanya pagar bermangga, mungkin sebab pagi tadi hujan, jadi anak cuma selak saja. 

Saya jenguk dari sliding door, masih tidak nampak sesiapa. Masa itu saya fikir anak bujang saya dah balik. Anak bonsu saya memang biasa sambut anak bujang balik jika terdengar bunyi pagar dibuka. Jadi, anak bongsu terus meluru ke pintu (grill memang berkunci). 

Saya tak dengar anak menjerit nama abang dia (kebiasaannya dia akan sebut namanya berulang kali). Saya rasa pelik dan tengok jam baru 12.30 tengah hari. Pelik kalau anak saya balik lebih awal. Saya terus menghampiri anak bongsu dan melihat ada seorang lelaki (dipercayai warga Indonesia) memakai helmet biru, t-shirt biru lusuh, jeans lusuh dan berkasut sport (tak ingat warna) berdiri berhampiran grill rumah dalam percubaan untuk membuka grill bermangga dan berjaring. 

Saya terus terkejut dan menjerit serta menyergahnya kuat. Lelaki itu memandang tepat ke muka saya dan terus berlari keluar. Keadaan itu berlaku dalam masa beberapa saat sahaja, memang cepat tetapi kesannya yang menakutkan. 

Masa itu Allah saja yang tahu, menggigil seluruh badan saya kerana anak saya berada betul-betul di hadapan lelaki itu. Anak saya memang jenis peramah dan tidak takut dengan orang. Saya bersyukur sangat kerana pintu grill dikunci. Cuma pintu kayu saya tak tutup dan selak sebab sedang menunggu anak balik. 

Pandangan pintu terbuka dan terlindung dari luar pagar kerana itu saya tidak dapat melihat apa-apa bila lelaki itu masuk. 

Keadaan pada masa itu agak sibuk sebab waktu puncak orang menghantar anak pergi sekolah. Betapa beraninya dia datang ketika waktu orang/kenderaan lain sedang lalu lalang di luar. 

Sebelum kejadian itu, saya ternampak memang ada sebuah van Vanette berwarna putih tiada tingkap di belakang, parking di seberang hadapan rumah saya sejak dari jam 11 pagi. Nombor pendaftarannya tidak kelihatan kerana pandangan sisi tepi dan saya memang tak berani keluar. 

Pengawal Keselamatan di situ tidak ketat, jadi sesiapa saja boleh masuk mengikut laluan pagar terbuka untuk menghantar, mengambil anak sekolah dan ada yang mengambil kesempatan untuk parking di kawasan perumahan.

Saya memang selalu bimbang akan keselamatan kami kerana selalu ada kereta yang tidak dikenali parking berhampiran rumah kerana menunggu anak keluar dari sekolah. AJK dan komuniti setempat sudah tahu dan perkara ini pernah diusulkan.

Selepas saya menjerit, van itu tadi terus berlalu pergi. Dua suspek yang menaiki terus berlalu pergi. Saya memang trauma untuk keluar ambil no pendaftaran motor mereka kerana bimbang jika hail lain pula yang berlaku. 


Semasa laporan polis dibuat, pihak polis mengatakan kehadiran van putih itu agak sukar untuk dikaitkan. Jadi, polis fokus kepada lelaki yan gmeceroboh masuk di perkarangan rumah sahaja. 

Polis mengkalsifikasikan kejadian ini kemungkinan untuk menyamun/percubaan menculik kanak-kanak kerana waktu tengah hari kebiasaannya suri rumah yang berada di rumah. 

Rumah saya biasa sahaja. Jiran lain nampak lebih mewah tetapi orang ini tuju ke rumah yang ada penghuni dan kanak-kanak. 



Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.