2 ekor 'pocong' berjaya ditangkap lalu dihukum tidur di lubang kubur


Padah menyamar menjadi hantu pocong untuk menakutkan orang kampung, dua remaja lelaki ditangkap dan dihukum dan gambar-gambar kejadian turut viral di media sosial, lapor Tribun Kaltim

Dua remaja itu pada asalnya hanya berniat mahu bergurau sahaja, tetapi perbuatan mereka itu membuatkan penduduk kampung berasa tidak tenteram. 

Akibatnya, mereka ditangkap, lalu dihukum untuk tidur di dalam lubang kubur semalaman, sambil dikawal oleh penduduk kampung agar tidak melarikan diri. 

Lapor Tribun Jakarta, sebenarnya ada lima remaja lelaki yang terbabit dalam kejadian itu. Dua di antaranya yang memakai kain putih, sementara tiga lagi hanya ketawa apabila melihat penduduk kampung yang ketakutan dengan pocong palsu itu. 


Ketua Kampung Kelurahan Sukamaju, Arsyad berkata, kejadian itu berlaku pada jam 9 malam Jumaat lalu di Lapangan Gelora, Kelurahan Abadijaya, Sukmajaya. 

Jelasnya, sekumpulan remaja itu berbuat demikian kerana terpengaruh dengan video yang ditonton di media sosial. Selain memakai kain putih, dua remaja itu turut memakai bedak agar penyamaran mereka lebih menyakinkan. Kain putih yang digunakan itu pula adalah kain milik nenek mereka. 


"Selesai saja neneknya solat Isyak, mereka terus ambil dan potong telekungnya. Alasannya kerana terpengaruh dengan video yang ditonton di media sosial," katanya. 

Kes itu bagaimanapun diselesaikan dengan baik dengan keluarga remaja terbabit kerana sekumpulan remaja itu hanya bermain tanpa berniat mahu mencederakan atau melakukan jenayah.


Walaupun begitu, mereka dihukum untuk tidur di kubur sementara menunggu kedatangan ibu bapa mereka. Penduduk kampung berkata, tindakan itu bagi mengajar mereka tidak mengulangi perbuatan yang tidak berfaedah itu. 


Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.