(Video) 'Kau tunggu kau kena kutip' - Belasah pekerja stesen minyak kerana tak diberi RON97


Viral di media sosial video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) seorang kakitangan Stesen Petronas Sungkai, dipukul beberapa penunggang motosikal hanya kerana perkara remeh. 

Dalam kejadian jam 12.45 tengah hari 6 Oktober lalu, mangsa, Muhammad Ridwan Abdullah, 23, mendakwa dia didatangi salah seorang suspek yang tidak berpuas hati dengannya. 

"Semasa saya sedang bertugas di kaunter stesen pam minyak Sungkai, datang sekumpulan pemuda menaiki motosikal telah mengisi minyak di pam.

"Salah seorang dari pemuda tersebut telah memesan untuk mengisi minyak di Pam 6 tetapi tidak memaklumkan untuk mengisi minyak RON97. Lalu saya mengisi minyak RON95. 

"Tiba-tiba pemuda tersebut tidak berpuas hati dan saya telah meminta maaf. Lalu sekumpulan pemuda tersebut telah masuk dan kembali ke kaunter, menarik saya keluar. Saya telah meminta maaf kepada mereka tertapi tidak diendahkan. 

"Salah seorang dari mereka telah memukul dan membaling saya dengan menggunakan air tin (Power Root)," tulisnya dalam laporan polis yang dibuat pada hari kejadian. 



Berdasarkan video tersebut, mangsa diheret keluar sebelum ditampar beberapa kali dan diterajang sehingga terjatuh terduduk. Tidak cukup dengan itu, suspek membaling air tin pada mangsa.

Sementara itu, rakannya, Aboy Anis, meminta netizen viralkan video kejadian itu kerana mahu menuntut keadilan untuk mangsa yang tidak sepatutnya diperlakukan seperti itu. 

"Salam kepada sahabat dua roda, minta viralkan video ini. Sahabat kami dipukul semasa tengah bekerja di Petronas Sungkai. Punca tersalah isi minyak sampai memukul. Mangsa sudah membuat laporan di Balai Polis Tapah. 

"Kau orang kaya bolehlah, budak itu kerja Petronas nak menyara hidup adik-adik dia. Ini macam dia cakap anak buah dia dah trauma nak bekerja sampai nak berhenti kerja. Siapa nak tolong dia menyara hidup adik-adik dia?" tulisnya. 




Sumber: Abe J, Aboy Anis


Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.