'Lelaki ni rapat dari belakang, now dia rapat dengan other passenger' - Mangsa dedah muka lelaki buat gangguan seksual dalam LRT


Viral di media sosial seorang wanita mendakwa dia telah diganggu secara seksual oleh lelaki yang tidak dikenali ketika menggunakan perkhidmatan LRT laluan Kelana Jaya, petang Khamis lalu. 

Mangsa, Nur Suhana berkata, kejadian itu berlaku kira-kira pada jam 6 petang di mana suspek berdiri rapat dengannya sebelum melakukan perbuatan yang sama pada seorang lagi mangsanya. 

"@MyRapidKL Assalam. Baru lepas jadi kat saya. Lelaki ini rapat dari arah belakang. Now dia rapat dengan other passenger. 

"Turun di stesen Universiti at 6pm. No tren 275 arah ke Putra Height Kelana Jaya lina. Done buat aduan di WhatsApp Hotline Jenayah RapidKL," tulisnya di Twitter. 

Tweet mangsa itu kemudian mendapat banyak perhatian dari netizen yang mengicau semula tweet tersebut. 

Dalam tweet itu juga, mangsa memuat tiga gambar suspek yang memakai baju berjalur kuning yang ketika itu sedang berdiri rapat di belakang seorang wanita bertudung sedang leka bermain telefon, meskipun tren itu tidak sesak dengan penumpang. 




Difahamkan, pihak RapidKL mengambil maklum mengenai kejadian tersebut dan siasatan lanjut sedang dijalankan. 

Di media sosial, ada segelintir netizen pula menyalah mangsa kedua yang didakwa tidak bertindak dan sengaja membiarkan dirinya diperlakukan seperti itu. 

"Perempuan itu cuma berdiri saja di situ, tak bergerak. Takkan dia tak rasa apa-apa? Steady je. Bergeraklah ke tempat lain, atau dia sedang menikmatinya?" tulis netizen. 

"Pelik, takkan dia tak rasa apa-apa di belakang dia? Aduh. Takkan tak perasan ada orang berdiri rapat di belakang awak?" kata netizen lain. 

Sungguhpun begitu, ada netizen berpendapat, komen-komen seperti itu tidak patut dilemparkan terhadap mangsa sedangkan mereka tidak tahu apa yang difikirkan oleh mangsa yang mungkin terlalu takut untuk bertindak. 


Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.