Jari jemari kejung selepas seminggu kerap pegang handphone
Menurut media tempatan, wanita yang tidak dinamakan itu berasal dari Changsha, mengambil cuti selama seminggu untuk berehat.
Bagaimanapun, dia banyak menghabiskan masa dengan menggunakan telefon bimbit. Dia hanya melepaskan peranti itu apabila dia tidur pada waktu malam.
Tidak lama selepas itu, tangan kanannya mula terasa sakit sehingga secara tiba-tiba dia tidak dapat menggerakkan jari jemarinya yang tersekat pada posisi seperti memegang telefon bimbit.
Bimbang melihat keadaan tangannya itu, wanita berkenaan pergi ke hospital untuk mendapatkan bantuan.
Setelah didiagnosis, doktor mengesahkan wanita itu mengalami tenosynovitis, keradangan pada selubung berisi cairan (disebut synovium) yang mengelilingi tendon.
Ia boleh berlaku disebabkan penyakit berjangkit atau tidak seperti kencing manis, arthiritis yang menyebabkan sakit sendiri, bengkak dan kaku.
Wanita berkenaan bagaimanapun bernasib baik kerana tangannya berjaya dipulihkan semula selepas menerima rawatan dan mampu menggunakan telefon bimbitnya semula.
Doktor menasihatkan dia dan juga orang ramai di luar sana agar kurangkan penggunakan telefon bimbit kerana jari jemari juga perlu berehat.
Sumber: Next Shark
Sumber : CiteMalaya
Leave a Comment