Dua individu ini diminta serah diri


Dua lelaki yang terbabit dalam kejadian belasah seorang kakitangan Stesen Petronas Sungkai pada 6 Oktober lalu, dikehendaki polis dan diminta menyerah diri, lapor Harian Metro

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, dua individu terbabit dipercayai terbabit dalam kejadian itu perlu tampil untuk membantu siasatan. 

"Kedua-dua saksi atau sesiapa yang mengenali saksi berkenaan boleh berhubung dengan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Tapah, Asisten Superintendan Ong Chin Yong di talian 012-2013048," katanya

Klip video dipercayai dari rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis stesen minyak itu tular sejak kelmarin, menunjukkan mangsa dibawa keluar oleh sekumpulan lelaki termasuk yang memakai topi keledar dari dalam stesen berkenaan sebelum mangsa dipukul hingga terjatuh dan dibaling objek.

Menurut laporan polis yang turut tular mangsa berusia 24 tahun dan tinggal di Kampung Changkat Sulaiman, dekat sini, mendakwa, seorang daripada kumpulan lelaki berkenaan mahu mengisi minyak di pam bernombor enam namun tidak memaklumkan jenis minyak RON97 yang mahu diisi menyebabkan dia diberikan RON95.


Berdasarkan laporan itu, lelaki berkenaan tidak berpuas hati walaupun mangsa mendakwa sudah meminta maaf namun tidak diendahkan lalu kumpulan lelaki berkenaan menarik mangsa keluar dan seorang daripada mereka memukul dan membaling air tin ke arah mangsa.

Setakat ini kes dilkasifikasikan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dan polis dalam proses melengkapkan kertas siasatan sebelum dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.




Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.