Subang tersangkut, telinga terkoyak


Viral di media sosial gambar telinga seorang kanak-kanak perempuan terkoyak selepas subang yang dipakainya tersangkut pada langsir ketika bermain. 

Menurut individu yang memuat naik gambar kejadian itu berkata, mangsa sebelum itu sedang bermain. Namun malang tidak berbau apabila subangnya tersangkut pada langsir dan ketika itu mangsa sedang berlari. 

"Tersangkut masa duk main lari. Terus rabak, tinggal hujung saja," katanya. 



Mangsa kemudian dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Mangsa dimasukkan ke wad dan telinganya akan dijahit. 



Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.