(Video) 'Dah macam menyeksa anak' - Netizen berang ibu bapa bekam bayi


Viral di media sosial video seorang bayi dibekam mencetuskan pelbagai reaksi netizen yang rata-rata berang dengan tindakan ibu bapanya. 

Difahamkan video ini dirakam di Indonesia. Namun menurut jurubekam, tiada keperluan untuk membekam anak kecil. 

"Aksi ini tidak perlu ditiru. Tiada keperluan untuk bekam kanak-kanak. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pun meletakkan umur 10 tahun ke atas, itu pun kalau ada keperluan.

"Yang perlu dibekam di sini adalah mak bapak budak ini terutama di point kepala dengan torehan parang sebab terlalu benak," kata Arif Aziz. 


Meskipun begitu, ada segelintir netizen yang tidak bersetuju dan berpendapat bahawa mungkin ibu bapanya mempunyai sebab tersendiri untuk membekam bayi mereka. Juga ditambah dengan alasan, tiada ibu bapa yang mahu anak-anak mereka berterusan mengalami masalah kesihatan. 

"Jangan sesuka hati membodoh-bangangkan orang tanpa usul periksa. Manalah tahu bayi ini ada sakit ke apa," kata Suryza Naz. 

Sementara itu, Dr Afiq Rahim pernah mengulas mengenai bekam bayi yang didakwa sebagai satu bentuk scam  dan orang ramai dinasihatkan tidak mudah percaya dan terpengaruh. 

"Sehingga kini, bacaan dan kajian di dalam database elektronik PubMed, Cochrane Review, Medline, Google Scholar dan beberapa lagi jurnal antarabangsa terutama di dalam jurnal perubatan alternatif gagal menunjukkan secara jelas aplikasi bekam ke atas bayi apatah lagi untuk memberitahu keberkesanannya kepada kesihatan bayi itu sendiri.

"Terdapat kajian yang menyatakan keberkesanan berbekam dalam mengurangkan demam panas. Namun begitu kajian tersebut adalah lemah kerana kekurangan metadologi saintifik menurut Derek et al di dalam jurnal perubatan komplimentari. Tambahan lagi, kajian tersebut dijalankan ke atas populasi dewasa sahaja. Oleh itu, konklusi kajian tersebut tidak boleh digunakan ke atas kanak-kanak," katanya. 



Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.