'Saya sedia perkhidmatan Grab free, tak perlu ucap terima kasih dan boleh tutup pintu kuat-kuat'


"Hi! Saya menyediakan perkhidmatan Grab tanpa bayaran ke mana saja anda mahu. Anda bersiap lama pun saya akan tunggu. 

"Kelebihan memilih Grab saya adalah, Grab saya free, tak perlu any tips, tak perlu ucapan terima kasih langsung dan boleh tutup pintu Grab saya kuat-kuat," demikian tulis Sahira Razali dalam nada sarkastik di Twitternya dipercayai ditujukan kepada rakannya. 

Menurut Sahira, dia penat berdepan dengan perangai rakan serumahnya meskipun telah ditegur berkali-kali agar tidak bersikap seperti itu. Malangnya, teguran hanya tinggal teguran dan menyebabkan Sahira tidak dapat lagi membendung rasa geramnya. 

"Bukan nak berkira dengan orang tapi kalau dah hari-hari jadi Grab tak berbayar, panas juga hati aku dengan muka kau naik kereta aku, berlagak macam tu. Penat juga aku nak hadap hari-hari. Mujur tempat kerja aku tak jauh dengan tempat kerja dia. 

"Kalau tak boleh hulur duit minyak pun, sekurang-kurangnya ucaplah terima kasih orang dah tolong hantar awak pergi kerja tu. Setidak-tidaknya terubatlah juga hati aku yang panas ini.  

"Bukan senang sis, I'm willing to hantar dia hari-hari but I just need an appreciation. At least thanks kat I. Sudahlah tak ucap terima kasih, pagi-pagi aku kena tunggu kau bersiap pula lama. Ingat aku driver ke? Dah tahu naik dengan orang, janganlah biar orang menunggu kau. 


"Actually I dah cakap banyak kali. I ask her to thank me and minta tolong I elok-elok if nak I hantarkan, but sampai sekarang sama saja. Setiap kali saya berkata mengenai perkara itu, dia kata I berkira?

"Saya dah pernah cuba berbincang dengan dia, cakap dengan sopan tetapi dia tarik muka cakap kasar. Dia kata I berkira. Seriously I have no idea if there's any way? 

"Yes, memang, tetapi I sebumbung dengan dia dan I jadi tak sedap hati jika I tak tumpangkan dia," katanya.

Sebagai rakan, janganlah mengambil kesempatan sehingga mulut menjadi berat untuk mengucapkan terima kasih. Biar sekecil mana pun pertolongan itu, ringankanlah mulut untuk mengucapkan terima kasih kerana ucapan itu mampu menenangkan hati mereka. 

Selain itu, fahamilah adat menumpang kenderaan orang. Jangan membiasakan diri hilang rasa hormat pada rakan sehingga memperlakukan mereka seperti orang gaji anda. Jaga perhubungan di antara rakan, silap cara, ia akan meninggalkan kesan yang tidak baik. 


Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.