Bajet 2019, PM minta rakyat berkorban sikit


Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meminta rakyat berkorban sedikit bagi melaksanakan Bajet 2019 kerana prestasi kewangan negara tidak begitu mengizinkan untuk beberapa perkara. 

Mahathir mendakwa, kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini mampu memberi wang kepada rakyat dalam pelbagai bentuk kerana sumber yang diterima itu adalah daripada hasil curi. 

"Pengorbanan yang kita minta bukan banyak sangat. Kerajaan hari ini tidak ada duit untuk beri sama seperti kerajaan dahulu. BR1M, gaji untuk nelayan dan boleh katakan semua orang dapat.

"Ini semua sebab mereka nak beli sokongan. Kalau rakyat anggap kita boleh tolong, undilah. Kita tak boleh bagi duit," katanya ketika menjawab soalan dari moderator Bicara Minda Sinar Harian, Tan Sri Johan Jaaffar, berkenaan pengorbanan daripada rakyat untuk Bajet 2019, hari ini.

Menurut Mahathir, rakyat perlu menerima hakikat bahawa prestasi kewangan negara tidak membenarkan pemberian wang secara percuma.

"Itu adalah pengorbanan besar," katanya. - Sinar Harian


Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.