'Bancuh susu + klorox, bangun pagi esok tengok kucing jiran terbaring kejung' - Netizen kecam wanita mengaku bunuh kucing jiran


Kejam dan langsung tidak berperikemanusiaan. Seorang wanita mengakui pernah menganiaya kucing jirannya dengan racun sehingga mati hanya kerana tidak sukakan haiwan tersebut. 

Komen individu berkenaan tersebar di media sosial di mana dia berkongsi petua bagi mereka yang mempunyai masalah kucing di kawasan kejiranan.

Menurut wanita bernama Eika itu berkata, dia membancuh susu dan dicampurkan dengan cecair peluntur yang kemudian diletakkan di hadapan rumah. Keesokan harinya, kucing jirannya yang minum susu tersebut mati akibat keracunan. 

"Saya bagi petua jahat ni sis. Saya sedia dikecam. Tapi saya tak tahan sangat dengan jiran yang rasa tak bersalah. Kita marah kuat-kuat pun buat tak endah. Jadi, petua saya ini sangat berkesan. 

"Saya bancuh susu dan letak klorox. Saya letak depan rumah. Malam, kucing minum. Bangun pagi esok, tengok kucing terbaring kejung dah. 

"Alhamdulillah selepas itu baru jiran ambil kisah, "Ya Allah tergamak buat kucing macam ni". Baru dia tahu saya sakit macam mana," tulisya di Facebook. 


Netizen mengecam tindakan kejamnya itu dan mengelar Eika sebagai pembunuh. 

"Di mana letaknya hati dan perasaan awak sebagai hamba Allah. Kalau tak suka, jangan dibunuh. Jangan sesekali aniaya kucing atau apa-apa binatang sekali pun. Itu ciptaan Allah, cuma mereka tak diberi akal fikiran untuk berfikir seperti manusia," kata netizen. 

"Buka je tudung tu. What you did isn't parallel to your appearance. Sia-sia solat tapi tak hormat kepada makhluk Allah yang tak tahu apa-apa. Cat killer, pathetic. Kucing itu lebih mulia dari kau. Semoga taubat kau diterima," kata seorang lagi netizen.



Menyedari dirinya dikecam teruk oleh netizen, Eika kemudian memuat naik kenyataan berikut sebelum menyahaktifkan akaun Facebooknya.


"Okey saya minta maaf tapi saya memang tak suka kucing. Full stop!!" 


Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.