Lelaki bunuh diri selepas dapat tahu bakal isterinya cacat penglihatan


Sebuah kisah cinta tidak selalunya berakhir dengan kebahagian yang diharapkan. 

Pasangan kekasih ini dilaporkan tidak pernah bertemu dan hanya berhubung melalui telefon bimbit sepanjang menjalinkan hubungan cinta. 

Sehinggalah satu hari, lelaki berusia 28 tahun ini yang dikenali sebagai 'KL', berhasrat untuk melamar gadis pujaan hatinya, 'IT'. 

KL bersama dengan bapa dan ketua adat berangkat dari kediaman mereka menuju ke Kecamatan Kayan Hilir untuk meminang gadis berkenaan. 

Bagaimanapun, KL yang belum pernah bersemuka dengan gadis itu terkejut apabila mendapati IT yang berhubung dan berkasih sayang dengannya selama ini rupanya cacat penglihatan. 

KL kemudian membatalkan pinangan itu dan sempat menghubungi kakaknya serta menyatakan mahu membunuh diri kerana terlalu kecewa. 

Ketua Polis Kayan Hilir, Iptu Ya Yanto berkata, 24 Disember lalu pihaknya menerima panggilan dari orang awam berhubung penemuan mayat seorang lelaki muda yang dipercayai membunuh diri dengan mengantungkan dirinya.

Pihak polis yang tiba di tempat kejadian kemudian mendapati mangsa dalam keadaan terbaring di tanah. 

"Kami baru tiba di lokasi kejadian sekitar jam lapan malam dan mayat mangsa telah diturunkan dan dibaringkan di atas tanah oleh penduduk kampung," katanya. 

Setelah melakukan pemeriksaan, polis kemudian menghubungi keluarga lelaki terbabit dan menurut keterangan keluarganya, KL sendiri yang nekad membunuh diri. 

"Setelah bertemu dengan gadis pujaannya, IT, dia (KL) terkejut kerana keadaan dan penampilan gadis itu di luar dugaan selain mengalami cacat penglihatan.

"Ketika menelefon kakaknya, dia sempat menyatakan hasrat untuk membunuh diri sebelum mematikan telefon bimbit. Kakaknya yang cuba menghubungi semula, gagal," katanya. 

Jenazah KL akan dibawa pulang ke kampung asalnya untuk dikebumikan. 



Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.