(Video) Suami isteri bertengkar, buang bayi berusia 2 minggu di pasar


Bayi berusia dua minggu diselamatkan selepas dibuang oleh ibunya di depan kedai di Thailand selepas ibu bapanya bergaduh, lapor Daily Mail.

Menurut penduduk di Thawi Watthana, Bangkok, melaporkan terdengar suara tangisan bayi pada jam 11 malam Khamis lalu. 

Bayi lelaki itu kemudian ditemui dibalut dengan selimut Mickey Mouse di atas meja yang digunakan oleh peniaga untuk menjual air kelapa. 

Bayi itu kemudian dibawa ke hospital berhampiran untuk diberi rawatan dan disahkan berada dalam keadaan sihat. 


Pekerja penyelamat, Rakkanna Nakanrak dari Por Teck Thung Foundation, yang menemui bayi itu berkata usianya mungkin dalam lingkungan 10 atau 20 hari. 

"Bayi itu ditemui dalam keadaan diselimut dan dipakaikan pampers selain ditemui bersama beg yang berisi botol, selimut dan losyen. 

"Saya tak pasti berapa lama bayi itu berada di situ. Ada yang meninggalkannya di situ dengan pelbagai barangan bayi berharap supaya ada yang sudi mengambil dan menjaga bayi itu," katanya. 



Siasatan awal polis mendapati, ada saksi yang mendakwa ternampak satu pasangan yang bertengkar sebelum meninggalkan bayi berkenaan. 

Bayi itu kini dibawah penjagaan pihak hospital untuk sementara waktu. Sekiranya tiada sesiapa yang datang menuntutnya, dia akan ditempatkan di rumah anak yatim. 

Jurucakap polis dari Phra Kanong berkata, "Mungkin bayi itu ditinggalkan di atas meja kerana ibu bapanya bertengkar. Saksi kata mereka ternampak lelaki dan perempuan bertengkar sebelum ini. 

"Kami sedang memeriksa video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) untuk mengesan suspek. Mereka akan didakwa kerana membuang bayi," katanya.


Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.