'RM3,000 lesap dari akaun Maybank' - Mangsa


"RM3,000 lesap!" demikian dakwa seorang pemegang akaun bank Maybank 20 Disember lalu selepas mendapati sejumlah besar wang berkenaan hilang dari akaun banknya secara tiba-tiba. 

Menurut Syaza Mazli, bukan sahaja wangnya lesap, malah dia juga tidak dapat mengakses akaun banknya melalui laman sesawang ataupun aplikasi bank.

"Kejadian yang tidak diingini berlaku. Lama dah tak diduga, tiba-tiba hari ini terjadi pada batang hidung sendiri. 

"RM3,000 lesap, kemudian tak boleh login dalam akaun bank sendiri melalui website atau aplikasi bank," katanya. 

Bimbang dengan kejadian itu, Syaza cuba mendapatkan bantuan kakitangan bank terbabit dan dia dimaklumkan bahawa RM3,000 itu telah dipindahkan ke akaun lain melalui mesin ATM. Namun apa yang menimbulkan persoalan adalah, kad bank masih di tangannya dan bagaimana 'kecurian' itu boleh berlaku.

"Apabila disemak dengan pengurus bank, duit itu telah ditransfer dari ATM card melalui ATM machine. Di mana, jam berapa, ke mana transfer tiada dalam sistem. Hanya tarikh sahaja yang tertera.. 

"Tarikh tersebut ketika 'Encik Sotong' sedang mengalami masalah (pelanggan CIMB kehilangan wang dari akaun bank). Kemudian saya transfer wang ke dalam akaun encik rimau. 

"So nasib tersangatlah baik tadi merayu pada pakguard bank encik rimau nak jumpa staff dan staff pun segera membantu tanpa monyok-monyok masam muka walaupun dah habis waktu bekerja. Kudos to bank encik rimau branch Setia Alam," katanya. 


Difahamkan, mangsa telah membuat laporan polis untuk mendapatkan semula wangnya itu. 


Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.