(Video) 'Nak main handphone sangat kan? Haa! Ambik!' - GF rampas dan buang hp BF dalam periuk mendidih
Kejadian itu berlaku di sebuah restoran di Chongqing, selatan barat China.
Video rakaman menunjukkan pasangan terbabit bertengkar sebelum wanita itu bertindak merampas telefon teman lelakinya.
Dalam video itu, lelaki terbabit kelihatan memegang chop stick dan di sebelah tangannya pula memegang telefon bimbit.
Tanpa sebarang amaran, wanita itu terus merampas telefon milik teman lelakinya dan terus dibuang ke dalam periuk yang sedang mendidih, lalu beredar dari tempat kejadian sementara lelaki itu berusaha mendapatkan semula telefon bimbitnya.
Bukan itu sahaja, lelaki yang ditinggalkan itu terpaksa membayar bil makan malam mereka.
Video kejadian itu pantas menular di media sosial China dan mendapat pelbagai reaksi netizen. Ada yang mendakwa lelaki itu memang layak mendapat hukuman tersebut, tetapi yang lain pula mendakwa teman wanitanya bertindak melampaui batas.
"Main telefon ketika makan malam adalah satu perbuatan yang biadab." kata netizen.
"Dia tak perlu mahupun mengejar teman wanita dia, telefon yang diutamakan. Nampak sangat," kata netizen lain.
Sumber: Next Shark
Sumber : CiteMalaya
Leave a Comment