Keanu Reeves berminat lakonkan watak Wolverine dalam filem X-Men


Pelakon Keanu Reeves dalam satu temubual mengakui berminat untuk melakonkan watak komik popular Marvel, Wolverine, dalam filem bersiri X-Men., lapor Daily Mail.

Keanu, 54, ketika ditanya adakah dia berminat untuk melakonkan watak Batman selepas Ben Affleck, atau Wolverine  selepas Hugh Jackman. Keanu berkata, "Daripada dua watak itu, saya teringin lakonkan watak Wolverine.".

Pada 2017, Hugh mengesahkan filem Logan adalah lakonan terakhirnya sebagai Wolverine ketika ditemubual The New York Times, "Ada pelakon lain yang akan melakonkan watak itu nanti."


Sementara itu di media sosial, netizen memberikan pelbagai reaksi mengenainya di mana rata-rata berminat untuk melihat Keanu memegang watak Wolverine yang kelihatan ganas itu. 

"Saya rasa dia akan berjaya melakonkan watak itu. Mungkin dari segi badan Keanu tidak dapat menandingi Hugh, tetapi dari segi mutu lakonan, dia pasti berikan yang terbaik," kata netizen. 


Namun ada segelintir peminatnya bimbang kerana dalam kebanyakan filem yang dibintangi oleh Keanu, amat jarang sekali mereka dapat menyaksikan wajah amarahnya.


Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.