'Tukar cadar bukan ehsan, memang kita kena buat' - Nurse swasta terangkan skop kerja nurse
Perkara itu juga berlarutan sehingga pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tampil mengeluarkan kenyataan bahawa pihaknya mengambil maklum mengenai kejadian itu dan siasatan sedang dijalankan.
Ramai yang meluahkan pendapat masing-masing mengenai isu tersebut. Namun seorang jururawat dari hospital swasta ini pula mempunyai pendapatnya sendiri.
ISU kes Linda Rafar, saya terpanggil untuk membincangkan. Saya ada baca, ada orang kata tukar cadar dan cuci najis pesakit adalah ehsan. Kalau kita tak buat tak apa, tak termasuk dalam skop kerja. Anak-anak yang lebih bertanggungjawab. Korang rasa betul ke, tak masuk dalam skop kerja?
Adakah saya seorang saja nurse yang membangkang perkara ini? Saya rasa, salah guys! Semua itu memang termasuk dalam skop kerja nurse. Saya adalah seorang jururawat swasta. Yes, sepatutnya anak-anak yang lebih berhak membuat perkara itu. Mestilah mak dan ayah nak kita yang buat, kan? Lebih selesa dan rasa aurat terjaga.
Tapi.. tapi.. tapi.. Walaupun nurse tak cukup tangan, tak cukup masa, you as a nurse ada mulut, minta tolong bantu, minta masa. Saya tahu, tak cukup masa guys. Kencing dan berak pun ke mana, kena tahan. Saya tahu. Yang si anak pun, kalau cakap sekali kat nurse, nurse tak buat. Mungkin nurse lupa. Beritahu nurse semula.
Sebab kadang-kadang nurse banyak benda nak settlekan. Sebab kerja nurse tak boleh dibawa balik ke rumah dan kadang-kadang ada benda penting yang perlu diutamakan dari tukar cadar dan cuci najis pesakit. Buat yang utama dulu, kemudian barulah buat yang lain. Di sinilah peranan anak yang menjaga, bukan tengok saja.
Tukar cadar bukan ehsan guys, tukar pampers bukan ehsan guys. Memang kita kena buat. Dah masuk hospital, nurse kena jaga. Nama pun nurse kan? Kalau ada anak tu, adalah satu extra helper untuk nurse sebab dapat membantu. Itu memang rutin kerja nurse.
Saya tak tahu cerita sebenar Linda Rafar macam mana. Dengar dari viral-viral gitu. Saya cuma menerangkan skop kerja nurse dan saya memang confirm, tukar cadar, tukar pampers adalah kerja nurse bila sesiapa sahaja masuk hospital.
Ingat tu. Kalau tak, buat apa student dulu belajar? Buat apa kita buat jadual kerja? Setiap wad ada routine kan? Jam berapa kena buat itu ini. Yes, saya tak menangkan Linda Rafar tapi saya cuma nak beritahu skop kerja seorang jururawat. Tukar cadar adalah routine harian yang perlu dibuat, bukan ehsan.
Nurse hospital kerajaan dan swasta sama saja. Saya pun tak sempurna, tetapi kritikal thinking la sikit. Tugas nurse apa? Tugas nurse adalah menjaga pesakit. Jangan benda yang salah, kita menangkan dan jangan benda yang kita, kita salahkan.
#SayaSeorangJururawat
#DoneLuahPendapat
#DoneLuahPendapat
Sumber: Puan Zulna Azfarhana Zulkifly
Sumber : CiteMalaya
Leave a Comment