(Video) 'Nak bawa ke mana budak tu?'


Netizen menggesa pihak Masjid Seri Melati, Selayang, membuat laporan polis berhubung tindakan seorang lelaki yang didakwa cuba melakukan perbuatan yang tidak baik terhadap seorang kanak-kanak perempuan. 

Berdasarkan video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) masjid berkenaan, kanak-kanak itu sedang bermain di perkarangan masjid sebelum didatangi seorang lelaki yang tidak dikenali. 

Ketika kejadian, sedang berlangsung program Usrah Guru Pasti Selayang. 

Lelaki terbabit datang dan cuba mengheret kanak-kanak berkenaan, namun disedari oleh oleh wanita yang dipercayai ibu kanak-kanak terbabit, yang terus mengambilnya dari lelaki itu. 


Menurut sumber, lelaki itu adalah pemegang kad OKU dan mualaf dan tidak dapat dipastikan pada waktu itu suspek berada dalam keadaan dipengaruhi alkohol atau tidak. 

Namun sumber berharap penjelasan itu tidak menimbulkan salahfaham dan ketegangan dalam kalangan masyarakat dan penduduk.



Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.