Isteri rempuh BMW, kejar 'kekasih gelap' suaminya
Dua buah kenderaan mewah dilaporkan terlibat dalam kemalangan jalan raya dan yang anehnya kedua-duanya memiliki nombor pendaftaran yang sama.
Dalam kejadian yang berlaku pada 25 Dismber lalu di Taipei, Taiwan, pemandu Volvo berwarna putih, Zhan, keluar membeli belah bersama dengan anak perempuan berusia enam tahun.
Zhan kemudian ternampak suaminya, Xiao Nan, berjalan dengan penuh kemesraan dengan wanita lain. Mereka siap bergelak ketawa seperti pasangan yang sedang bercinta.
Mengesyaki suaminya mempunyai hubungan sulit, si isteri kemudian mengekori kereta suaminya, BMW berwarna hitam. Namun disedari oleh lelaki itu yang kemudian terus memecut keretanya untuk melarikan diri.
Enggan mengalah, si isteri terus mengejar dan merempuh kereta suaminya. Zhan segera turun dan mengejar wanita yang disyaki kekasih gelap suaminya, namun wanita itu berjaya melarikan diri dengan menaiki bas.
Xiao Nan pula menafikan dia mempunyai hubungan sulit, sebaliknya menegaskan bahawa wanita yang dilihat bersamanya itu adalah rakan sekerjanya.
Xiao juga menjelaskan, rakan wanitanya itu melarikan diri kerana dia tahu Zhan mempunyai sifat cemburu yang keterlaluan sehingga mengesyaki yang bukan-bukan.
Sementara itu, polis berkata, tindakan Zhan itu sangat berbahaya kerana cara pemanduannya boleh menyebabkan kemalangan di mana dia melanggar peraturan jalan raya selain membawa kanak-kanak berusia enam tahun bersamanya.
Sumber: News ABC
Sumber : CiteMalaya
Leave a Comment