(Video) 'Mentang-mentang bodoh tu free, habis dia borong semua' - Penunggang basikal aniaya orang lain terima padah


Sendiri cari penyakit, itulah tindakan kurang cerdik seorang penunggang basikal yang tidak bertanggungjawab dan menyusahkan pengguna jalan raya yang lain. 

Dalam kejadian yang berlaku di Singapura, video rakaman dashcam menunjukkan dua penunggang basikal menunggang secara beriringan. 

Sikap tidak bertanggungjawab mereka itu menyebabkan kenderaan di belakang terpaksa memperlahankan kelajuan kerana bimbang berlaku kemalangan yang tidak diingini. 

Selepas lampu isyarat bertukar hijau, salah seorang penunggang basikal itu masih berdegil dan enggan memberi laluan kepada pemandu lori di belakangnya.

Pemandu lori terbabit kemudian membunyikan hon beberapa kali agar diberi laluan. Malangnya lelaki itu bertindak agresif dengan merosakkan cermin sisi kanan lori terbabit. 

Berang dengan kejadian itu, pemandu lori itu terus menghimpit sehingga menyebabkan penunggang basikal itu terbabas ke tepi jalan. 


Video viral itu mendapat pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya menyalahkan penunggang basikal itu yang mencari pasal. 

"Penunggang basikal yang angkuh dan tidak bertimbang rasa. Memang selayaknya dia diperlakukan seperti itu," kata netizen. 

"Terbaiklah pemandu lori! Kepada penunggang basikal, jangan sembuh terlalu cepat dan selamat menyambut krismas di hospital," kata seorang lagi netizen. 



Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.