'Aku talak wife aku takpe' - Baru lafaz akad nikah, dah terceraikan isteri akibat gurauan tak bertempat


Bekerja sebagai jurufoto perkahwinan ini memang menyimpan pelbagai pengalaman yang menarik. Terbaru seorang jurufoto berkongsi mengenai peristiwa yang membuatkan beliau dan hadirin majlis raja sehari itu 'terngaga' seketika apabila mendengar lafaz talak dari pengantin lelaki yang baru saja selesai akad nikah. 

Perihal mengenai talak tidak seharusnya dijadikan sebagai bahan gurauan. Golongan suami perlu berhati-hati dan jangan sesekali membiasakan diri bergurau mengenainya. Terlajak kata, buruk padahnya. 

"Mula-mula, dia lafaz "Aku terima nikahnya". Tetapi 'Kalau dah jodoh' bertukar menjadi 'Kalau dah bodoh', yang bergurau-gurau tentang perkara talak. kenapa? Kan tak pasal kau ceraikan isteri di depan photographer kau!

"Laki dia bang*ng sangat. Saya fikir dia hanya bergurau. Tetapi dia lupa talak rujuk tak boleh dibawa bergurau. Dia hanya cakap, "Aku talak wife aku takpe". 

"Last-last dia cakap dia tak sengaja, bukan dengan niat. Tetapi imam kata dah jatuh. Tok Kadi kata saksi cukup, jadi talak tetap jatuh. 

"Aku dengar dengan clear. Bridemaid terngaga dan terkejut. Mujur talak satu. Kalau kena talak tiga, mamp*s. Menyesal tak sudah dia tadi," tulis jurufoto berkenaan di Facebooknya. 




Menurut Mufti Agung Prof. Dr. Ali Jum'ah Muhammad, talak yang terjadi sebelum suami meniduri isterinya dikategorikan dalam talak bain shughra, iaitu talak yang membuat suami isteri tidak boleh rujuk kembali kecuali dengan akad baru.

Sumber: @dylawok


Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.