'Tiba-tiba bilah kipas terpelanting dan terkena adik aku'


Setiap rumah mempunyai perkakasan elektrik yang selalu digunakan dan ada yang sudah digunakan bertahun-tahun. Walaupun ianya masih elok, pemilik wajib memeriksa keadaannya bagi mengelakkan berlakunya kejadian yang tidak diingini. 

Dalam kejadian baru-baru ini, Khairina, berkongsi insiden yang tidak dijangka di rumahnya di mana satu bilah kipas telah patah dan terpelanting hampir mencederakan adiknya. Orang ramai disarankan berhati-hati dan periksa segala perkakasan elektrik yang ada di rumah masing-masing.

OUR nightmare had just turned into reality. Weh, tengah duduk saja-saja, tiba-tiba bilah kipas terpelanting terkena adik aku yang tengah study di meja. Nasib baik kena sikit saja. 

Okey geng, ceritanya bilah kipas ini terpelanting semasa ia berpusing. Speed tak laju pun, kami guna normal speed sahaja sebab kipas moden tak ada speed 1 2 3.


Selepas kejadian, kami terus check keadaan adik dulu. Dia okey, sihat sejahtera dan tidak mengalami kecederaan. Kemudian baru kami usha bilah kipas itu. 

Pada bilah kipas itu, ada kesan seperti terbakar, jadi kami pun panggil ayah. Kebetulan ayah ada di rumah semalam, jadi ayah pun ambil tanggan dan periksa kipas itu sebab dah guna lebih dari lima tahun. Sebelum ini, kipas elok saja. Ya, kitorang service je every once in a while dan rajin bersihkan juga sebab selalu guna kipas ini. 

Ada kesan terbakar di dalam kipas itu kerana terlalu panas, kalau tak silaplah sebab aku tak dengar sangat ayah cakap pasal benda jadah komponen kipas. Tetapi motor kipas okey saja, cuma itulah, terbakar di bahagian dalam. Kipas masih boleh berfungsi tetapi berbahaya. 


Kipas ini juga tak dapat digunakan lagi, kitorang terus letak tape pada suis kipas. Bimbang kalau ada ahli keluarga yang terlupa, dihidupkan pula suisnya nanti. 

Masa makan malam, kami berborak-borak dengan kipas itu dan rupa-rupanya dua hari yang lalu memang dah ada dengar bunyi pelik datang dari kipas itu. Pelik tapi kitorang buat tak tahu saja sebab kadang-kadang ada kipas saja-saja berbunyi tetapi okey. Rupa-rupanya tidak! 

Bahagian dalaman kipas yang terbakar itu ayah kata kesannya seperti dah terbakar sehari sebelum kejadian yang menyebabkan salah satu bilah yang dibuat dari plastik itu cair. Dan disebabkan itulah ada bilah terpelanting.


Kesimpulannya, kalau terdengar kipas siling mengeluarkan bunyi lain, periksa dulu. Bimbang kejadian seumpama berulang, bahaya. Jadi, kami pun ambil keputusan nak tulis surat kepada Deka dan suruh mereka periksa semula bahan yang digunakan untuk membuat kipas ini dan sebagainya. 

Bahaya guna bahan-bahan yang mungkin tidak mampu bertahan lama dan takut kipas dari jenama yang sama di rumah orang lain juga menjadi begini. Nasib baik adik saya dah besar dan masa bilah itu terpelanting, dia duduk di kerusi. Jadi, dia cuma terkena sikit sahaja. Tetapi cuba kalau rumah dia ada bayi ke apa? Bahaya. 

Tapi janganlah tak nak beli kipas Deka pula, nanti aku dipersalahkan. Hahaha! Kejadian ini boleh berlaku pada mana-mana jenama kipas. Jadi, ambil langkah berhati-hati. Lagi-lagi kipas yang bunyinya macam nyawa-nyawa ikan. So, berhati-hatilah semua. Nak senang, pasang aircond sajalah. Kbye.

Sumber: Khairina


Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.