'Jangan tanya tentang anak, pakcik sedih' - Driver Grab sebak, warga emas luah rasa terkilan diabaikan anak


Pekerjaan sebagai pemandu, tidak kira sebagai pemandu teksi, bas atau grab seringkali berdepan dengan pelbagai gelagat dan reaksi pelanggan. Ada yang berdepan dengan situasi yang menyeramkan, sedih, lawak dan juga gembira. Dan tidak kurang juga ada juga yang menjadi mangsa rompakan. Tetapi, itu semua satu pengalaman yang boleh dikongsi untuk dijadikan sebagai satu pengajaran.

Kisah pemandu Grab ini menarik perhatian netizen. Kisah seorang warga emas yang pertama kali menggunakan perkhidmatan Grab Car. Apa yang menyedihkan, warga emas ini tidak mempunyai kenderaan. Dia hanya menggunakan kudratnya berjalan kaki untuk ke tempat kerja dan perjalanan tersebut mengambil masa satu jam. 

Anak-anaknya pula dikatakan sudah tidak menghubunginya setelah berkahwin. Pendapatan yang diperoleh hanya untuk membayar sewa rumah dan keperluan isterinya.

AS A GRAB DRIVER, aku selalu dapat macam-macam jenis customer. Aku pernah dapat gangster, pernah dapat boss judi, pondan  dan awek nurse lawa sampai rasa nak mengorat pun ada. 

Tapi kali ini aku dapat customer yang susah aku nak describe. An old man. Why old man? Sebab dah tua lah kan. So begini macam biasa aku on apps Grabs aku. Then, dapatlah customer.


So yeah aku ambillah dan nampak pakcik ini uzur umurnya. Dia masuk and bagi salam, kemudian dia cakap dia bawa rambutan. Aku pun cakaplah, "Masuk je pakcik". Dia duduk dan aku terus memulakan pemanduan. Dia terus tanya berapa tambang dan bayar. Awal dia bayar. 

Sambil nak pecah kesunyian, aku tanyalah dia nak balik rumah ke. Dia pun cakap ye dan dia mulakan story life dia. 

Dia cakap, dia kerja di pasar tani di astaka. Dia beritahu yang dia tak pernah naik Grab. Disebabkan ada rambutan, dia naiklah sebab tak larat nak angkat. Dia cakap juga, dia suruh ada orang kedai tempat aku ambil dia untuk dapatkan grab untuk dia balik.

So aku tanyalah biasa naik apa. Dia jalan kaki. Aku diam. Dia cakap biasa dia jalan kaki. Pergi kerja dan balik kerja. Dan dia pun cerita, biasa dia gerak pukul 4 pagi. Dia bergerak dari jalan HJ Kosai sampai ke Petronas di Bakri, selepas itu terus sampai ke pasar tani. Dia cakap dalam masa lebih kurang sejam, dia  sampai ke destinasi.

Then aku tanyalah kenapa tak kerja area rumah dia. Dia cakap dah tua, siapa je nak. Ini pun sebab kawan tolong bagi kerja. Oh ya, untuk pengetahuan dia berumur lingkungan 55-65 tahun.

Kemudian dia kata lagi yang dia tidak mampu nak naik Grab sebab gaji dia kecil. Mana nak bagi isteri makan, bayar rumah sewa apa semua.

"Pakcik gaji berapa?" aku tanya lagi. 

Dia kata gaji dia dalam RM35 sehari dan ditambah lagi RM5 oleh majkannya untuk belanja dia sarapan. Jadi, RM35 itu dia bagi isteri untuk simpan, untuk bayar duit sewa, duit masa sakit. Rumah sewa pun RM350 sebulan. Then ini part yang aku mula retak. 

"Anak pakcik mana?" aku tanya tetapi dia beritahu aku jangan tanya pasal anak dia sebab dia sedih bila bercakap mengenainya.

Aku diam saja. Tapi akhirnya dia buka cerita juga. Anak dia selepas berkahwin langsung tidak pulang ke rumah, apatah lagi bertanya khabar untuk beberapa tahun lamanya. Aku dah tak tahu nak cakap apa. Dia kata, ini memang ujian Allah. Tapi dia kuat dan percaya ada sebab Allah beri dia rasa susah. 

Sampai saja di rumah dia, aku keluarkan balik tambang Grab yang dia beri dan beri sedikit duit poket kepada dia. Dia menolak, tetapi aku berkeras nak bagi. Aku letak di tangan dia dan genggam, cakap aku ikhlas. Perlahan-lahan dia cakap terima kasih dan dia menangis. 

Aku mampu senyum saja sebab mata aku pun dah berhabuk weh! Aku tengok dia keluar, aku lambai dan aku pun gerak. Masa itu hanya perasaan sedih saja yang menyelubungi hati aku ini. 

Well gais, jagalah ibu bapa korang dan jangan pernah tinggalkan diorang. Diorang yang besarkan korang, beri makan dan kebahagian kepada korang. Susah sangat ke nak membalas budi mereka? Aku tengok air muka pakcik itu, air muka sedih tahu tak? Tetapi dia tabah dan dia percaya ada sebab ujian Allah ini.

Di kesempatan tweet ini yang mendapat banyak perhatian, sekiranya ada hamba Allah yang mahu membantu, boleh PM dan aku boleh tunjukkan jalan ke rumah dia. Terima kasih. 

HANTAR BANTUAN

Okay, aku baru sampai di rumah dia. Bila diketuk pintu, si isteri yang keluar. Aku beritahu yang aku ada dengar kisah mereka dari encik suam dan aku bersama beberapa lagi pihak ada niat mahu membantu mereka. Tetapi si isteri kata"

"Tak apa dik, kami boleh lagi. Tak apa"

Sebak juga rasanya. Aku kata ada beberapa insan yang sudi nak membantu dan ada yang nak beri basikal. 

Gais, aku baru melawat pakcik dan makcik itu. Dia minta pada aku, jangan tunjuk gambar dan alamat rumah mereka. Kepada yang mahu memberi bantuan, mungkin kita boleh bincang dengan cara yang lebih mudah sebab dia ada sebab tertentu.

Walauapapun, semoga cerita ini menjadi iktibar buat kita semua.

Sumber: S.Hafiz


Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.