Lebam di mata dan badan, pengasuh kata bayi dibaling dengan 'toys'


"Jangan jadi pengasuh kalau kau cuai atau kau jenis ambil mudah. Ke kau gila?" demikian tulis Adiba Fazala yang berkongsi kejadian yang menimpa anak kecilnya baru-baru ini.

Menurut Adiba, terdapat kesan-kesan lebam di mata dan belakang badan bayinya selepas diambil dari pengasuh. Bimbang dengan keadaan itu, Adiba kemudian membawa anaknya ke klinik sebelum dirujuk ke Hospital Putrajaya. 

Difahamkan, pengasuh mendakwa kesan lebam itu berlaku kerana dibaling dengan alat permainan oleh abang kepada kanak-kanak itu sendiri. Namun, pemeriksaan doktor pula mengesyaki bayi itu didera.


"Pada 2 Ogos, hari yang paling sedih untuk keluarga saya dan hanya Allah yang tahu. Anak balik dengan kesan lebam di belakang badan dan mata. 

"Kau cakap Abang Hud baling toys pada Lut. Sampai rumah, bila check belakang Lut, saya tengok ada kesan lebam teruk. Tak sedap hati dengan melalak-lalak itu, saya bawa Lut pergi check di klinik area Putra Perdana. 

"Doktor check sekejap then terus bagi surat kena rujuk di Hospital Putrajaya sebab ada tanda seperti didera. 

"Sampai di hospital, jururawat call polis untuk datang dan kami kena buat laporan polis, kemudian baru boleh buat pemeriksaan terperinci. 



"Selesai berurusan dengan polis, doktor obstetrik dan ginekologi datang untuk periksa. Kemudian paediatrician pula datang dan hasilnya, doktor cakap bukan dari kesan terkena balingan toys dan kemungkinan Lut kena dera adalah sangat tinggi," tulisnya.

Kanak-kanak itu bagaimanapun dilaporkan stabil tetapi masih perlu dipantau selama beberapa hari. 

Bagi Adiba, dia bersyukur anaknya tidak mengalami sebarang kecederaan serius. Namun dalam masa yang sama meminta ibu bapa berhati-hati memilih pengasuh. 

"Didera atau tak, itu hanya Allah yang tahu. Yang penting selepas Lut diperiksa, saya tahu organ dalaman dia okay dan tulang belakang dia pun okay. Tetapi masih perlu dipantau untuk beberapa hari kerana bimbang jika ada apa-apa yang tidak kena, perlu terus datang ke hospital semula. 

"Alhamdulillah Baby Lut is doing fine now, itu yang penting bagi saya. Bagi yang nak mencari pengasuh, berhati-hatilah terutama yang duduk di area Pulau Meranti supaya apa yang terjadi pada Baby Lut tidak terjadi pada anak-anak yang lain. 

"Cakap ada CCTV dan berdaftar dengan JKM pun belum tentu selamat. Macam kes Baby Lut ini, bila jadi kes, CCTV pun tak bagi tengok. Lebih sedih, boleh cakap parent's lain tak kisah dengan kesan-kesan lebam seperti itu. Seolah-olah it's okay for kid's to have those bruises. Sebab itu bila dah jadi kes begini pun dia masih mengasuh seperti biasa," tulisnya.


Adiba berkata, dia tidak mahu mengambil tindakan terhadap pengasuh berkenaan kerana dia juga memahami pengasuh yang juga seorang ibu punyai anak-anak kecil lagi. Namun tidak akan pernah melupakan apa yang berlaku pada anaknya. 

"Saya pilih untuk tidak mengambil tindakan terhadap dia sebab dia pun seorang ibu. Saya risau kalau saya ambil tindakan, apa yang akan terjadi pada anak-anak dia? Kesian pada anak dia nanti. 

"Tetapi apa yang dia buat pada anak saya, takkan sekalipun saya lupa. Tak apa, dia pun ada anak, ingat kifarah dari Allah ada. Biar Allah saja yang membalasnya. 

"Dah cuba tak nak mengaibkan sesiapa tetapi saya rasa tanggungjawab saya tak lepas kalau saya tak kongsikan tentang kecuaian pengasuh ini supaya tidak berlaku pada anak orang lain." tulisnya.


Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.