'Kepada perokok, ini adalah punca saya hidap kanser'


Walaupun merokok sudah diketahui akan mengundang pelbagai kesan sampingan pada masa akan datang, hal ini seakan dipandang remeh oleh perokok. Masih lagi tiada kesedaran di dalam diri mereka. Pelbagai kes yang melibatkan perokok ditularkan, tetapi ia langsung tidak memberikan apa-apa perubahan pada diri mereka. 

Seorang pesakit kanser mendedahkan punca penyakitnya adalah berpunca dari merokok. Dia berkongsikan perkara tersebut melalui bebenang di Twitter. Dia mengharapkan agar perokok-perokok di luar sana agar menyedari kesan di sebalik aktiviti tidak sihat itu. Jika sudah pasang niat dan tekad berhenti rokok, sudah pasti ada perubahannya. 

KEPADA perokok, ini adalah punca saya kanser, memang susah untuk buang, memang mati bukan berpunca dari ini. Tapi kurangkanlah, setiap sedutan beribu kimia ada dalam paru-paru, sekali chamber. Nasihat saya, berhentilah atau kurangkan. SAYANGI DIRI ANDA  DAN ORANG TERSAYANG. Tag your BAE.

Proses untuk berhenti memang makan masa lama dan bergantung pada seseorang. Doktor tak berani untuk sarankan secara mengejut sebab takut akan ada penyakit lain. Cuma kena kuatkan hati dan nekad pada diri sendiri. Kita mampu mengubahnya. InshaAllah.

Jangan ambil vape untuk cara berhenti merokok, sebab vape adalah wap. Apabila sedut, wap asap with flavour akan tersekat pada paru-paru and boleh buat kita senang untuk mendapat asthma. Vape ini lebih bahaya dari rokok. Memang macam tak ada effect, tapi trust me ia lagi berbahaya dari rokok.

Just support orang yang korang sayang, sayangkan?? So support ja, sedangkan hati manusia boleh berubah-ubah.

Aku tweet bukan sebab nak attention atau apa, korang rasa bagus untuk diri atau orang lain share it, kalau rasa tak, go on. Aku tweet sebab aku tak nak apa yang aku hadap sekarang berlaku pada diri korang atau orang lain. Sekian terima kasih.

Kan ada 2 option berhenti atau kurangkan. Macam aku, aku kurangkan ebab asku dah lama jadi smoker. Limitkan sehari 2 batang ke, ikut sendiri. Kalau aku sehari 2 batang. Alhamdulillah and jangan lupa jogging ke, apa ke. Untuk bantu stamina, tak mudah lelah. Goodluck for your bae.

Ya Allah, semoga Engkau permudahkan bagi kami untuk terus berhenti merokok dan teguhkanlah iman kami untuk sentiasa mengingatiMu sampai ke akhir hayat kami. Amin.


Perkara mudah kita mudahkan, for those yang rasa statement ini tak betul, prefer lah pada yang pakar, cause all this statement bahaya merokok dan vape yang sampaikan pada aku doktor, tanyalah doktor, ikut nasihat doktor. Aku hormat orang yang lebih tinggi ilmu dari aku. Itu adab berilmu.

Sumber: Amirul Ahraf


Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.