'Menyesal ambil pakej Confinement Lady RM8,800, pemalas!' - Pelanggan kesal, servis indah khabar dari rupa
Terdahulu, produk ini menjadi siulan ramai wanita di luar sana kerana pakej bersalin tersebut digunakan oleh selebriti terkenal. Pakej bersalin yang ditawarkan juga telah menarik perhatian ramai. Walaupun harga yang ditawarkan mencecah ribuan ringgit, tetapi sudah pastinya wanita berpantang berpuas hati dengan perkhidmatan yang disediakan.
Tetapi, ada keluhan yang tular di media sosial beberapa hari lalu mengenai perkhidmatan syarikat terbabit. Pengadu tersebut mendedahkan pakej yang disediakan tidak menepati seperti yang telah ditawarkan. Dia juga mendakwa syarikat terbabit menggunakan selebriti terkenal hanya untuk menaikkan nama produk mereka.
NAK cerita sikitl pengalaman ambil pakej berpantang stay in 44 hari RM8,800 dari pakej bersalin terkenal yang macam hebat sangat ini tapi sendu.
Aku ambil pakej ini sebab nak senang, tak nak susahkan keluarga. Tetapi menjadi semakin menyusahkan pula. Tengok di Instagram, bukan main orang dok puji syarikat ini bagus dan rajin. Menu berpantang yang diorang masak pun sedap-sedap. Tapi dapat kat aku, pemas, asyik main handphone saja.
Hari pertama sampai rumah aku dah minta WiFi. Menyesal aku bagi sebab sakit hati sangat, aku tutup Wifi itu, puas hati aku.
Aku ambil pakej ini dari usia kandungan baru empat bulan. Awal gila kan? Deposit dah bayar 30 peratus tetapi diorang hantar Confinement Lady (CL) ini di rumah aku selepas aku dah lima hari bersalin. Kira badan aku dah masuk angin la. Aku ni setiap hari mesej supaya diorang hantar CL sebab kaki sampai dah tak rasa, masuk angin punya pasal. Setiap hari husband yang tolong urut sementara.
Hari kelima baru diorang hantar CL ke rumah. Hari pertama urut, menjerit-jerit aku sebab urat dah bersimpul-simpul dan dah keras orang cakap.
Minggu pertama pantang, menu setiap hari adalah ikan bilis goreng dan sawi air. Setiap hari. Minggu berikutnya setiap kali kalau dia yang masak ikan bakar dan sawi air, breakfast aku just suruh dia buat telur rebus saja. Tengah hari dia masak macam tu. Malam aku tak makan, just milo dengan biskut Jacob sahaja. Menu yang macam itu ye setiap hari. Takkanlah aku dah habis pantang pun masih nak masak macam tu?
Itu pun setiap hari dia cakap aku makan banyak. Kepala hotak dia. Kau yang malas masak, nak cakap aku makan banyak? Nasi aku makan sehari sekali je pun.
Dalam pakej, CL ini kena kemas rumah, masak, kemas bilik tempat aku tidur, basuh baju aku dengan baby. Tetapi aku ni banyak bagi muka pada CL ini, banyak lebih kurang. Sekarang ini mak aku yang masak. So kalau mak aku dah masak-masak, CL ini pandai-pandailah tolong kemas rumah ke. Ini tak, ikut mood dia. Kadang-kadang kemas, kadang-kadang tak. Waktu dia bekerja bermula dari jam 6 pagi hingga 8 malam.
Tetapi sebab Edruce malam berjaga, jam 5 pagi baru tidur dengan aku-aku sekali tidur jam 5 pagi. So jam 10 pagi baru aku bangun. Dah tu, antara jam 6 pagi hingga jam 10 pagi, dia buat apa?
Jam 10 pagi, dia mandikan Edruce, aku sauna, mandi. Selepas itu, dia urut yang banyak sangat mengelat. Awalnya aku pelik juga kenapa dia urut tak sampai setengah jam sebab dulu masa bersalin Eric Aaron, makcik yang urut aku itu urut lama. CL ini cakap sebab aku urut hari-hari so tak payah urut lama-lama.
Selepas 20 hari, aku saja mesej orang yang incharge pakej bersalin ini. Aku tanya sepatutnya urut berapa lama? Diorang cakap 1 jam 10 minit. So baru aku sedar CL yang di rumah aku ini mengelat, banyak menipu masa urut. Selepas complaint, dapatlah 2-3 hari diurut dalam tempoh sejam. Selepas itu, dia kembali buat perangai, urut 45 minit dan turun ke 30 minit. Dia cakap badan aku dah sihat, tak ada angin dah. Abah dia!
Dalam pakej, ada urutan untuk bayi. Tetapi aku tak pernah nampak dia urut Edruce. Just sapu-sapu minyak yang aku sendiri pun boleh buat. Dalam pakej ada juga FOC jamu godok. Aku dah 20 hari tetapi tak ada pun C ini bagi minum apa-apa jamu. Bila aku tanya, dia cakap tertinggal di office. So aku pun mesej orang incharge. Tiga hari selepas itu baru ada yang hantar jamu itu. Bayangkanlah dah 23 hari baru aku dapat minum air jamu. Teruklah servis macam ini.
Bab masak pula, sebab mak aku kesian pada aku hari-hari makan lauk macam tu. So mak akulah yang masak. CL ini demand pula request makan sedap-sedap. Ikan lemak cili apilah, daging rendanglah. Mak aku layankan saja masak bagi dia makan. Kadang-kadang mak aku malas masak, suruh dia masak. Dia just goreng ikan masin, bayam goreng, sambal belacan. Dia kata makan macam itu sedap.
Setiap kali kalau mak aku malas masak, memang menu dia masak untuk mak aku dengan dia makan macam itu. Peliklah. Dia sebenarnya pemalas nak memasak atau memang tak pandai memasak? Sebab menu aku pun sama setiap hari ikan bilis goreng, ikan bakar dan sawi air.
Pernah satu hari itu nasi semalam ada lagi. Mak aku cakap dia nak bagi aku makan nasi yang semalam. Kepala hotak dia! Mak aku suruh masak nasi yang baru, bagi aku makan nasi panas-panas.
Bab basuh pakaian pula, aku rasalah pakaian baby dia tak cuci bersih pun. Cuma celup-celup agaknya sebab bila pakaian yang dah dibasuh, dia angkat dan lipat. Bila aku tengok pakaian baby, kain lap baby masih kekuningan. Muntah-muntah susu itu tak diberus pun. Bila aku cium, memang bau hanyir dan bau muntah susu.

Jangan sangka pakaian baby tak kotor eh, so boleh dia celup-celup macam tiu saja. Kena beruslah. Kadang-kadang pakaian baby yang belum kering sepenuh dan masih lembap pun dia angkat terus.
Pakaian aku pula, aku bagi mak yang basuh dengan washing machine. Jadi, kuranglah lagi kerja dia kan, tak perlu basuh baju aku.
Aku dengan mak, banyak lebih kurang dan banyak bagi muka pada C ini. Mak kata, pakaian di ampaian pun dia cuma angkat pakaian baby yang dia basuh sahaja. Pakaian lain termasuk baju mak, Eric Aaron, mampos dia nak angkat. Tak ada nak tolong angkat sekali. Berkira siut! Apa salahnya angkatkan sekali?
Waktu bekerja dia sepatutnya dari jam 6 pagi hingga jam 8 malam. Jam 6 pagi hingga jam 10 pagi, dia tak buat apa-apa pun. Jam 10 pagi hingga jam 2 petang, sauna, urut dan tungku. Jam 2 petang hingga 5 petang, dia relaks tak buat apa-apa. Sekarang ini dia tengah melengkor tengok tv. Jam 5 petang hingga jam 7 petang, dia mandikan Edruce, aku sauna dan selepas itu mandi dan tungku. Jam 7 petang hingga 10 pagi keesokan harinya, dia relaks.
Kalau aku tahu diorang lebih banyak relaks, tak ingin aku ambil pakej CL stay ini. Lagi bagus kalau CL ini datang pagi, petang selepas habis kerja, balik.
Jangan cakap kemas rumah, bilik tempat dia tidur pun dia malas nak kemas. Toilet dia berlendir bersepah. Sekarang ni aku umpama bela anak orang. Dapur pun sama, melekit!
Selama aku baca di Instagram, orang dok puji-puji servis dan produk ini bagus. So selepas ini jangan percayalah. Aku dah terkena, nasib baik mak ada.
Pernah satu hari, CL Indonesia ini tanya mak aku, "Puan, bayar kakak berapa?".
Mak aku terus menjerit pada dia, "Puan itu anak akulah. Kau ingat aku kerja macam kau ke?". Kan dah kena jerit.
So dari pengalaman yang aku ada selepas ini jangan ada yang terkena ya. Diorang itu memang artis yang banyak ambil pakej diorang. Tujuan utama mereka nak menaikkan rating saja. Tetapi bila orang biasa yang melanggan, beginilah layanannya. Ingat orang biasa tak ada duit ke? Pakej paling mahal tau, RM8,800. Menyesal aku ambil pakej ini.
Sumber : CiteMalaya
Leave a Comment