(Video) Konduktor bas 'tinju' rakan sekerja kerana enggan beri tempat duduk kepada warga emas


Seorang konduktor bas menumbuk penumpang lelaki berkali-kali kerana enggan memberi tempat duduknya kepada seorang penumpang warga emas, lapor Coconut Manila. 

Dalam kejadian jam 1 petang Selasa itu sempat dirakam salah seorang penumpang bas berkenaan, Janno Cabatuan, yang kemudian dimuat naik ke laman Facebook dan video insiden itu viral meluas di media sosial. 

Difahamkan, bas milik syarikat Dela Rosa Transit itu dalam perjalanan ke Manumento, Caloocan. 

Video kejadian telah dikongsi lebih 31,000 kali oleh pengguna Facebook yang memberi pelbagai reaksi mengenainya. 


Menurut Cabatuan, lelaki berbaju merah itu tidak membayar tambang dan mendakwa dirinya kakitangan syarikat bas tersebut. Konduktor itu kemudian membenarkan dia masuk ke dalam bas. 

Apabila datang seorang penumpang wanita warga emas, konduktor berkenaan meminta lelaki terbabit memberikan tempat duduknya untuk warga emas berkenaan yang telah membayar tambangnya.

"Lelaki itu enggan dan mula berlagak seperti mahu memukul konduktor bas tersebut. Bagaimanapun dia gagal berbuat demikian. Sebaliknya, konduktor berkenaan mengambil kesempatan untuk meninju muka lelaki itu beberapa kali," katanya. 

Lelaki itu terus berada dalam bas sebelum ada suara-suara para penumpang yang lain meminta lelaki itu keluar dari bas. 

Sementara itu di media sosial, netizen teruja melihat video viral tersebut. 

"Dia terima semua tumbukan padu itu, tetapi langsung tak membalasnya," kata Paul Flores. 


Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.